Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arahan kerja dari rumah hanya jika 3 pekerja positif Covid-19: MOM

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



MULAI hari ini, arahan bekerja dari rumah (WFH) akan dilaksanakan hanya jika tiga atau lebih pekerja yang bekerja di premis yang sama diuji positif Covid-19 dalam masa tujuh hari berturut-turut.



Tempoh arahan WFH iaitu bagi pekerja yang boleh bekerja dari rumah juga akan dikurangkan kepada 10 hari.



Bilangan kematian akibat Covid-19 terus meningkat dengan dua lelaki berusia 80 tahun ke atas telah meninggal dunia.



Ini bermakna bilangan mereka yang meninggal dunia di Singapura kerana Covid-19 ialah 62, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Peraturan WFH itu bertujuan untuk mengurangkan penularan di tempat kerja, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM), katanya kelmarin.



Tempoh semakan WFH selama 10 hari sejajar dengan pengurangan tempoh kuarantin, juga dari 14 hingga 10 hari, bagi mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kes positif Covid-19.



Menurut MOH telah menjelaskan bahawa ini bagi mengambil kira tempoh inkubasi lebih pendek bagi varian Delta selama empat hari atau kurang, secara purata.



Tempoh WFH baru ini akan bermula pada hari selepas tarikh keputusan terkini pekerja ketiga yang didapati positif, kata MOM.



Ia menambah, pekerja termasuk kontraktor dan vendor yang bekerja di tapak lokasi, yang telah dikenakan aturan WFH akan dapat kembali ke pejabat bagi tujuan tertentu jika mereka diuji negatif menerusi kit ujian pantas antigen (ART)



Ujian itu perlu dilakukan sebelum mereka kembali dan bukan dilakukan lebih 24 jam sebelum tempoh akhir sekembalinya mereka ke tempat kerja bagi tujuan tertentu.



MOM berkata tempoh WFH yang baru dan dipendekkan ini bertujuan untuk mengurangkan sebarang kemungkinan gangguan kepada perniagaan.



Selepas peraturan 14 hari sebelum ini yang dikeluarkan awal September lalu, beberapa pemimpin perniagaan berkata mereka amat prihatin tentang kemungkinan kesan gangguan terutama ke atas masalah tenaga manusia.



Kelmarin, MOM menggesa kedua-dua majikan dan pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan mengasingkan diri sendiri jika mereka didapati mempunyai hubungan rapat dengan kes positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >