Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Arahan Larangan dikeluarkan ke atas bekas pegawai bank DBS

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Arahan Larangan dikeluarkan ke atas bekas pegawai bank DBS

Mar 18, 2022 | 04:00 PM

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan Arahan Larangan (PO) ke atas bekas pengurus perancangan wang bagi bank DBS, Loh Thim Mun Marcus, bagi kesalahan menipu.

Arahan selama 10 tahun itu bermula 16 Mac lalu dan Loh dilarang memberikan sebarang perkhidmatan nasihat kewangan, atau mengambil bahagian, bertindak sebagai pengarah, atau menjadi pemegang saham besar mana-mana firma penasihat kewangan di bawah Akta Penasihat Kewangan 2001, kata MAS dalam satu kenyataan semalam.

Dia juga dilarang melakukan apa-apa aktiviti terkawal atau mengambil bahagian dalam pengurusan, bertindak sebagai pengarah, atau menjadi menjadi pemegang saham besar mana-mana firma perkhidmatan pasaran modal di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan 2001.

Sebelum in, Loh dijatuhkan hukuman 33 bulan pada Januari lalu apabila dia didapati menipu empat orang lebih daripada $400,000.

Antara Oktober dan November 2018, semasa Loh menjadi wakil DBS, dia memperdaya tujuh pelanggan untuk memindahkan sejumlah $490,000 ke akaun bank peribadinya.

Dia telah menipu beberapa pelanggan ini bahawa wang mereka dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap DBS.

Loh juga memberitahu seorang pelanggan bahawa dia boleh menyertai skim pemilikan saham DBS melaluinya dan memalsukan surat mengesahkan penempatan wang pelanggan dalam skim itu.

Dia menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk membeli kredit maya di tapak perjudian yang menyalahi undang-undang.

MAS turut berkata arahan larangan itu dikeluarkan terhadap Loh untuk menjaga integriti sektor kewangan Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3