Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Arahan pembetulan Pofma ke atas aktivis dek pos palsu di FB

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Arahan pembetulan Pofma ke atas aktivis dek pos palsu di FB

MSF: Gilbert Goh beri gambaran wanita, pasangan tidak dibantu sebaliknya mereka dapat lebih $2,000 sebulan
May 13, 2022 | 05:30 AM

AKTIVIS Gilbert Goh dikenakan arahan pembetulan di bawah undang-undang berita palsu Singapura berkaitan satu pos Facebook yang dibuatnya bulan lalu, mengenai seorang wanita dan pasangannya yang dikatakan memerlukan bantuan kewangan serta-merta tetapi tidak tahu daripada siapa boleh mereka dapatkan bantuan.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata pos Encik Goh itu memberi gambaran palsu bahawa wanita berkenaan dan pasangannya tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak berkuasa.

Menurut MSF, wanita itu, yang digelarnya Cik A, dan pasangannya menerima bantuan sosial daripada MSF dan agensi lain, seperti Agensi bagi Jagaan Bersepadu dan Pusat Khidmat Keluarga THK di MacPherson.

Cik A juga tidak menghubungi MSF untuk mendapatkan bantuan lanjut sebelum pos Encik Goh, yang dimuat naik pada 24 April.

Kementerian itu berkata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengarahkan pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) mengenakan arahan pembetulan terhadap Encik Goh yang menghendaki beliau menulis notis pembetulan di samping pos beliau di Facebook.

Encik Goh telah menambah pembetulan itu pada pos beliau pada pagi semalam.

Pada 24 April, Encik Goh memuat naik satu rayuan di Facebook yang dikatakan telah diterimanya daripada "A", yang mendakwa beliau dan suaminya sakit, dan mempunyai "keperluan mendesak" untuk mendapatkan lampin dewasa, pengangkutan dan makanan selepas wang simpanan mereka habis.

MSF berkata Cik A telah menerima bantuan bulanan ComCare daripada kementerian itu sejak Jun 2015.

Bayaran bulanan yang diberi kepadanya juga telah dinaikkan sejak Mei.

MSF menambah bahawa pasangan Cik A juga menerima bantuan ComCare bagi beberapa tempoh sejak Jun 2015.

Bantuan kewangan yang diterima pasangan itu daripada MSF dan agensi lain kini berjumlah lebih $2,000 sebulan, kata MSF.

Ini termasuk wang tunai, bantuan sewa, bantuan bagi bil air api, bantuan perkhidmatan penyenggaraan dan bantuan jagaan kesihatan awam.

"Kenyataan palsu pada pos Goh memberi gambaran bahawa MSF dan agensi lain tidak sedar atau tidak melakukan apa-apa mengenai keadaan Cik A. Ini bukan keadaan sebenar dan adalah penting untuk memperbetul fakta," kata kementerian itu lagi.

"Kenyataan palsu sebegini menghakis kepercayaan awam dan menyebabkan salah faham mengenai bantuan yang diberi kepada keluarga memerlukan oleh MSF dan agensi lain."

MSF berkata mereka yang mengetahui sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan boleh menghubungi hotline ComCare di 1800-222-0000 atau pergi ke Pejabat Khidmat Sosial atau Pusat Khidmat Keluarga berdekatan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3