Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ardern mula lawatan rasmi ke SG

Apr 19, 2022 | 05:30 AM



PERDANA MENTERI New Zealand, Cik Jacinda Ardern, tiba di sini semalam sempena lawatan rasmi tiga hari, yang juga lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak permulaan pandemik Covid-19.



Lawatannya ke Singapura, yang kedua buat Cik Ardern sebagai perdana menteri New Zealand, mengesahkan hubungan baik antara dua negara.



Lawatan pertama beliau pada 2019.



Sebagai sebahagian acara lawatan tiga hari itu, satu acara sambutan rasmi akan diadakan di Istana hari ini.



Kemudian, Cik Ardern dijadual bertemu Presiden Halimah Yacob di samping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang akan turut menjadi tuan rumah bagi satu majlis makan tengah hari, ujar Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



Selain itu, satu hibrid orkid baru juga akan dinamakan sempena nama Cik Ardern sebagai penghormatan kepadanya semasa lawatan di sini.



"Lawatan Perdana Menteri Ardern mengesahkan semula hubungan amat baik antara Singapura dengan New Zealand, disokong oleh Kerjasama Dipertingkat Singapura-New Zealand yang ditubuhkan semasa lawatan rasmi Cik Ardern yang pertama ke Singapura pada 2019," ujar MFA.



Kerjasama itu bertujuan membuka jalan kepada dua negara itu untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan ekonomi, pertahanan dan keselamatan, sains, teknologi dan inovasi, serta hubungan antara rakyat dua negara.



Cik Ardern akan ditemani pasangannya Encik Clarke Gayford, Menteri Perdagangan dan Pertumbuhan Eksport New Zealand, Encik Damien O'Connor dan pegawai kanan.



Sebelum ini, kerajaan New Zealand mengumumkan bahawa Cik Ardern akan berlepas ke Jepun sejurus lawatannya ke Singapura.



Cik Ardern, dalam satu kenyataannya, berkata beliau melakukan lawatan ke dua negara itu untuk berhubung semula dengan dua rakan kongsi ekonomi dan keselamatan Indo-Pasifik terdekat New Zealand.



Selain itu, agensi Perdagangan dan Perusahaan New Zealand dalam satu kenyataan minggu lalu, pula menyatakan Cik Ardern akan turut disertai pemimpin perniagaan daripada sektor tenusu, makanan dan minuman, penjagaan kesihatan, penerbangan, pelancongan, rantaian bekalan dan tenaga.



"Misi perdagangan pertama ini merupakan acara penting bagi Strategi Pemulihan Perdagangan Pemerintah New Zealand kerana ia meneroka cara mempercepat pemulihan ekonomi negara yang kukuh dengan menyambung semula hubungan bersama dunia, dengan Singapura diiktiraf sebagai salah satu rakan kongsi ekonomi strategik yang paling rapat dan paling penting," tambah kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >