Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ariff terkenang insiden terkunci dalam tandas

Oct 23, 2016 | 05:30 AM



BELIAU memulakan kerjayanya dalam bidang pementasan bukan sebagai seorang pelakon teater, tetapi sebagai kakitangan pentas.



"Kami dulu berlakon teater tidak terus glamor.



"Tetapi sebenarnya pada saya itulah yang lebih baik, kerana banyak yang kami dapat belajar dengan membuat tugas-tugasan seperti ini," katanya.



Pelakon dan pelawak Ariff Esa, 54 tahun, berkata beliau mula melibatkan diri dalam pementasan teater pada 1980-an, tetapi hanya sebagai kakitangan yang membantu menguruskan pentas, prop dan pelakon di belakang tabir.



Menurutnya, Panggung Victoria merupakan tempat di mana beliau mula berjinak-jinak dalam bidang pementasan semasa umurnya dalam belasan tahun lagi.



Setelah hampir 30 tahun, beliau akan kembali ke pentas Panggung Victoria tahun ini bagi menjayakan pementasan Malam Lawak Sastera: Sayang di Sayang anjuran Berita Harian bulan depan bersama rakan pelakon yang lain seperti M. Saffri A. Manaf dan Zainal Ihim.



Menurut Ariff, Panggung Victoria merupakan tempat di mana beliau menimba banyak pengalaman sebagai kakitangan pentas dan sebagai pelakon.



"Selepas bertugas sebagai kakitangan pentas selama beberapa tahun, saya mula ditawarkan watakwatak ekstra dalam pementasan, dan daripada situlah saya mula berlakon," katanya.



Namun menurutnya, hanya selepas 10 tahun beliau diberikan watak utama yang pertama iaitu sebagai seorang raja dalam pementasan bangsawan jenaka berjudul Raja Kecil Besar pada 1983.



"Memang seronok rasanya dapat kembali lagi ke Panggung Victoria ini kerana sudah sekian lama tak berlakon di sana.



"Kami seperti dibesarkan di sana, memang sudah kenal semua selok- belok Panggung Victoria itu dan ia mengembalikan kenangan lama," ujarnya.



Menurut Ariff, salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah apabila beliau terkunci di tandas yang terletak di dalam panggung tersebut.



"Pada masa itu saya fikirkan ada orang yang menahan pintu dari luar, tetapi hampir 10 minit saya terkunci di dalam tandas itu.



"Mujur ada teman yang mencari saya di sana, kalau tak, memang saya tak keluar," ujarnya sambil tertawa.



Menurutnya lagi, walaupun pementasan Malam Lawak Sastera yang bakal diadakan pada 5 November ini mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami, ekspresi lakonan serta intonasi para pelakon dapat membuatkannya lebih rencam dan menarik.



Mereka yang berminat menyaksikan pementasan jenaka yang diadakan sempena Pesta Penulis Singapura yang ke-19 itu boleh mendapatkan tiket di Sistic.



Tiket-tiket berharga $30 bagi dewasa dan $15 bagi pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >