Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arkib Negara lancar himpunan 50 klip sejarah sempena ulang tahun ke-50

Jan 19, 2019 | 05:30 AM



BAGI meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini, Arkib Negara (NAS) telah melancarkan koleksi dalam talian yang terdiri daripada 50 klip pandang dengar (audio-visual) dan temu ramah sejarah yang telah dipilih secara teliti dan dipelihara.



Bahan itu telah memainkan peranan penting merakam beberapa detik utama dalam sejarah Singapura dari 1968 hingga 2017.



Menerusi usaha tersebut, warga Singapura boleh menghidupkan kembali memori dan pengalaman negara pada tahun awalnya.



Antaranya ialah pengenalan sistem metrik di Singapura pada 1971.



Sebelum sistem itu diperkenal, tiada sistem standard bagi menimbang berat dan membuat pengukuran di Singapura.



Sebaliknya, pelbagai unit Timur dan Barat digunakan seperti kati dan paun bagi menimbang berat.



Dengan peralihan ke sistem metrik, program seperti It's Happening in Singapore: Weights and Measures bertujuan memudahkan warga menggunakan sistem baru.



Ada juga The Changi Take-Off, yakni program yang difilemkan pada 1981 dan merakam perihal Lapangan Terbang Changi.



Anda boleh membandingkan Lapangan Terbang Changi hampir 40 tahun lalu dengan yang ada sekarang, serta mencungkil maklumat perkembangan yang telah menjadikannya lapangan terbang terbaik dunia.



Anda boleh menghayati koleksi itu di wadah Archives Online NAS untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan warisan negara.



Rakaman terpilih juga akan ditayangkan menerusi wadah dalam talian Toggle pada pertengahan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >