USAH terkejut jika anda yang mengunjungi Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC) di kawasan Shenton Way terdengar gema muzik dari paip tembaga yang terletak di tingkat satu dan dua bangunan tersebut.
Menariknya, muzik yang mempunyai sentuhan irama Xinyao di Singapura itu diadun sebati dengan seni pemasangan ciptaan Encik Zulkifle Mahmod.