Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Artis dari seberang turut memperingati Fadil

Setempat
27
0

Artis dari seberang turut memperingati Fadil

Dec 18, 2020 | 05:30 AM

UCAPAN takziah dan perkongsian kenangan daripada orang ramai mencurah di media sosial atas pemergian Allahyarham Muhammad Fadil Sulaiman kelmarin.

Muhammad Fadil, 42 tahun, sering dilihat di masjid dan juga acara masyarakat.

Beliau dikenali ramai, termasuk dari golongan asatizah dan juga selebriti tempatan yang telah melahirkan rasa dukacita mereka atas pemergian beliau.

Timbalan Mufti Singapura, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan merupakan antara yang awal menyampaikan ucapan takziahnya di Facebook.

Tulisnya: "Allah memuliakan seseorang tidak hanya pada timbunan ilmu atau harta. Engkau mungkin bukanlah orang paling bijak, paling cantik, berkedudukan dalam masyarakat. Tetapi insan biasa.

"Bahkan kamu sebenarnya adalah insan yang luar biasa. Insan istimewa. Engkau telah mengajar kita apa yang mungkin si bijak pandai tidak mampu mengajar kita. Semoga Allah terus menyayangimu. Rehat lah kamu bersama insan-insan istimewa kekasih-kekasih Allah."

Allahyarham Fadil dikatakan mengalami sesak nafas dan rebah di stesen MRT. Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) petang kelmarin dan dikebumikan petang semalam di Pusara Aman.

Warga lembaga pentadbir, kakitangan serta sukarelawan Masjid Darussalam turut sama mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Semoga dapat kita contohi kebaikan-kebaikan Allahyarham ketika hayatnya. Antaranya adalah terpautnya hati kepada rumah-rumah Allah & majlis-majlis yang baik.

"Semoga Allah merahmati roh beliau & ditempatkan dari kalangan orang-orang yang beriman & soleh," tulisnya melalui laman Facebook.

Allahyarham Fadil juga sering kelihatan di konsert atau acara yang menampilkan artis tempatan sehinggakan ramai yang berkongsi kenangan mereka bersama beliau.

"Dari saya budak lagi, beliau selalu ada di setiap show saya. Sangat baik orangnya.

"Memang saya akan rindu kehadiran beliau," tulis selebriti tempatan Sufi Rashid.

Artis seberang tambak, Ezad Lazim dari kumpulan Exist turut meluahkan rasa pilu setelah mendengar tentang berita tersebut.

"Beliau seorang peminat istimewa yang sentiasa memberikan sokongan yang tak berbelah bagi dan padu setiap kali kami ke Singapura.

"Allah lebih menyayangimu, al-fatihah," tulisnya melalui pos di Facebook.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3