Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis M'sia seri kehidupan bersama anak angkat

Feb 24, 2018 | 05:30 AM



JUARA Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) baru-baru ini, Hael Husaini, telah bergelar ayah meskipun beliau masih bujang.



Ini kerana penyanyi yang dikenali dengan lagu 'berhantu' Jampi itu telah mengambil amanah besar menjaga anak angkat perempuan bernama Nur Helena sejak Mei lalu.



Menurut Hael semasa diwawancara Gah! sebelum ini, anak itu diserahkan oleh sebuah keluarga yang ingin Hael bantu.



"Niat saya ialah memberi kasih sayang kepada Helena. Kini, dialah keutamaan dan buah hati saya.



"Sekarang ni, apabila pulang bekerja, saya dapat merasakan betapa seronoknya setiap kali saya melihat senyuman manis dan keletah Helena. Segala rasa penat langsung hilang!" ujarnya.



Selain Hael, ramai juga selebriti Malaysia yang mengambil anak angkat.



Berikut antara mereka yang telah tampil membela nasib kanak-kanak yang mungkin ketiadaan ibu bapa itu.



1. Stacy



Seperti Hael, Stacy juga mengambil anak angkat semasa beliau masih bujang.



Juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim keenam itu bergelar ibu ketika usianya baru menginjak 22 tahun, menurut laman web Utusan Online.



Anak bernama Bella De Luna Valentina itu kini berusia enam tahun.



Selepas Stacy berkahwin dengan Akim yang merupakan finalis AF musim ketujuh pada 2016, pasangan itu dikurniakan cahaya mata bernama Eshaal tahun lalu.



2. Umie Aida



Datin Paduka Umie Aida juga telah mengambil dua orang anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy sebelum mendirikan rumah tangga.



Kedua-dua anak angkatnya itu kini sudah pun meningkat dewasa, menurut laman web Rotikaya.



3. Misha Omar



Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini telah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Mohd Adam Emir pada 2007.



Namun menurut laman web Jelita, beliau hanya mendapat hak jagaan penuh ke atas anak itu dua tahun kemudian.



Misha kemudian memutuskan untuk mengambil seorang lagi anak angkat perempuan yang bernama Humaira Lateefa.



Kini, Misha turut mempunyai seorang anak kandung lelaki, Muhammad Idris Ezzwa, hasil perkahwinannya dengan Firos Ezzwan Rosly.



4. Fynn Jamal



Menerusi laman media sosial Instagram beliau, orang ramai yang mengikuti perkembangan penyanyi yang dikenali dengan lagu Arjuna Beta ini mungkin tahu artis kesayangan ramai ini mempunyai masalah untuk hamil.



Oleh itu, beliau telah mengambil seorang anak angkat lelaki, Bakti Arjuna Fitri yang kini sudah menjangkau usia 5 tahun.



Baru-baru ini juga, Fynn mengambil keputusan untuk mendapatkan seorang lagi anak angkat perempuan yang diberi nama, Sakti Kencana Fitri.



5. Zizie Izette



Pelakon Zizie Izette yang mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli politik Malaysia, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 2009 mengambil anak angkat bernama Naila Nurjenna tiga tahun lalu.



Baru-baru ini, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu juga menimang bayi kandungnya sendiri - sepasang kembar lelaki.



Namun semasa beliau hamil, beliau turut mengasuh seorang lagi anak angkat yang diberi nama Aaric Zayn Izette, menurut Berita Harian Malaysia.



6. Datuk Aliff Syukri



Tahun lalu, usahawan kosmetik popular Aliff Syukri mengambil dua anak angkat bernama Ameena dan Qayyum.



Isterinya, Datin Shahida juga kini sedang hamil anak keempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >