Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMERGIAN STAF SARJAN POLIS ALLAHYARHAMHA SALINAH MOHAMED

Arwah niat derma organ

Feb 16, 2019 | 05:30 AM



HIDUP Allahyarhamha Salinah Mohamed di dunia ini mungkin sudah berakhir, namun sumbangannya berterusan.



Persis kerjayanya sebagai pegawai polis berdedikasi yang berbakti kepada masyarakat, arwah Salinah, staf sarjan polis berusia 41 tahun, telah berikrar mendermakan organnya kepada mereka yang memerlukan.



Suami Allahyarhamha, Encik Indra Shaiful, 41 tahun, berkata beliau amat berbangga dengan keputusan isterinya itu.



Tambahnya, ujian telah dijalankan kelmarin. Pihak hospital mendapati kornea dan ginjal Allahyarhamha sesuai didermakan.



"Saya rasa bangga dengan beliau. Beliau mendermakan organ kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Ini juga sedekah," kata Encik Indra.



Beliau berkata bahawa isterinya sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu mendermakan organ.



Arwah kemudian menyertai program pendermaan organ.



Allahyarhamha dikebumikan di Pusara Aman semalam.



Pengebumiannya dihadiri ramai ahli keluarga, sahabat dan rakan polis.



Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, turut menziarahi keluarga Allahyarhamha semalam.



Menulis di laman Facebook, Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang, berkata:



"Sejak beberapa tahun ini, kami telah meningkatkan pendidikan, penguatkuasaan, menambah bilangan kamera, menjadikan kamera lebih mudah nampak, dalam usaha mengubah kelakuan pemandu.



"Namun, dengan semua langkah ini, pemandu yang tidak berkelakuan baik kian meningkat.



"Kita mesti berusaha mengurangkan risiko kehilangan jiwa akibat kemalangan jalan raya."



Allahyarhamha meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) kelmarin menyusuli kemalangan di Maxwell Road Ahad lalu.



Beliau, yang ketika itu baru saja habis syif tugasnya, dilaporkan dilanggar kereta semasa menyeberang jalan di Maxwell Road pada 9.20 malam.



Allahyarhamha mengalami kecederaan di bahagian kepala dan berada dalam keadaan koma.



Beliau pun terpaksa dibantu sistem penyokong hayat sejak kemalangan itu.



Menurut Encik Indra, keputusan imbasan CT kelmarin menunjukkan darah tidak mengalir ke otak isterinya. Beliau disahkan mati otak.



Pemandu lelaki berusia 51 tahun yang terbabit dalam kemalangan itu telah ditangkap ekoran memandu secara berbahaya.



Siasatan diteruskan.



Allahyarhamha meninggalkan tiga anak berusia sembilan, 11 dan 12 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >