BAGI generasi muda, istilah komunis (orang) dan komunisme (ideologi atau fahaman) mungkin 'asing'. Tetapi inilah antara isi utama buku cetakan semula, The Battle for Merger karya Encik Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pertama Singapura.
Komunisme dicetuskan sebagai teori daripada sosialisme (fahaman mementingkan masyarakat terbanyak) oleh seorang pemikir Jerman yang berhijrah ke London, Karl Marx (1818-83), dan dibantu sahabatnya seorang usahawan, Friedrich Engels (1820-1895), yang juga asal Jerman tetapi makmur di ibu kota Britain itu.