Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 9)

Asas-Asas CPF (Bah 4)

Tiga perkara yang harus diketahui tentang nominasi CPF
Apr 01, 2017 | 09:00 AM



1.  Nominasi CPF membolehkan anda untuk mengagihkan simpanan CPF anda mengikut keinginan anda. Anda boleh menentukan siapa waris-waris yang akan menerima simpanan CPF anda selepas anda meninggal dunia. Anda juga boleh menentukan bahagian yang harus diterima oleh setiap waris.*



* Jika anda tidak membuat nominasi, simpanan CPF anda akan diagihkan oleh Pejabat Pemegang Amanah Awam (PTO) kepada para anggota keluarga anda mengikut undang-undang kematian tidak berwasiat (untuk bukan Muslim) atau sijil warisan (untuk Muslim) di Singapura. PTO mengenakan waris-waris berkenaan bayaran pentadbiran untuk pengagihan simpanan CPF anda.  


 


2. Wang CPF tidak dirangkumi oleh wasiat dan tidak membentuk sebahagian daripada harta peninggalan anda. Ini melindungi wang CPF daripada para pemiutang dan memastikan bahawa tanggungan anda yang dinominasi menerima wang ini.

3. Selepas anda membuat nominasi, anda harus menyemaknya secara tetap dan membuat perubahan jika perlu agar ia terus memenuhi keinginan anda. Perubahan dalam kehidupan anda seperti perkahwinan yang baru berlangsung**, kelahiran anak atau kematian waris yang dinominasi boleh menjejas cara anda ingin mengagihkan wang CPF anda.



** Nominasi anda akan dibatalkan selepas perkahwinan.


 




 SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI

 



SOALAN: Apakah yang dirangkumi di bawah nominasi CPF dan apakah yang tidak?



JAWAPAN: 








Dirangkumi di bawah

nominasi CPF



Tidak dirangkumi di bawah nominasi CPF



 



  • Simpanan CPF dalam Akaun Biasa, Akaun Khas, Akaun Medisave dan Akaun Persaraan anda

  • Premium CPF LIFE yang tidak digunakan

  • Saham-saham diskaun SingTel

 



  • Hartanah yang dibeli dengan menggunakan simpanan CPF anda

  • Bayaran daripada Skim Perlindungan Tanggungan (DPS)

  • Wang tunai dan pelaburan yang dimiliki dalam Akaun Pelaburan CPF di bawah Skim Pelaburan CPF-Akaun Biasa (CPFIS-OA)

  • Pelaburan yang dimiliki di bawah Skim Pelaburan CPF-Akaun Khas (CPFIS-SA)

Ini akan membentuk sebahagian daripada harta peninggalan anda.


 



SOALAN: Bagaimana boleh saya membuat nominasi CPF?



JAWAPAN: 



1. Tentukan waris-waris anda dan peratusan simpanan CPF anda yang setiap waris harus terima.


2. Dapatkan butir-butir peribadi waris-waris anda, termasuk yang berikut:


a) nama seperti dalam Kad Pengenalan (NRIC) / Pasport

b) Nombor NRIC / Pasport

c) Alamat pos dan alamat e-mel


3. Kunjungi mana-mana Pusat Perkhidmatan CPF (CPF Service Centre) kami dan lengkapkan borang nominasi di hadapan para Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan kami yang boleh menjadi saksi anda dan menjelaskan apa jua soalan anda. Anda boleh membuat janji temu bersama kami sebelum berkunjung. Tiada kos atau bayaran dikenakan apabila membuat nominasi.



SERTAI KUIZ KAMI!

10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!



SOALAN PERADUAN:  Saya harus menyemak nominasi saya apabila ia dibatalkan dan ini akan terjadi apabila:



A Saya berkahwin



B Saya mempunyai anak pertama saya



C Saya membeli rumah



Hantarkan jawapan anda ke contest.sph.com.sg/cpf9 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF9 – Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. Tarikh tutup: 9 April 2017.



Syarat & Peraturan: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 21 April 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon / pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.

 


Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)


Sila klik Siri 1Siri 2Siri 3Siri 4Siri 5Siri 6Siri 7 dan Siri 8 untuk Fahami CPF: Semudah 1, 2, 3



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >