Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah ada peranan penting bimbing masyarakat dalam konteks S'pura berbilang agama: Masagos

* Cipta ilmu pengetahuan yang bermanfaat * Rintis jalan ke arah perubahan ketika berdakwah
Dec 30, 2018 | 05:30 AM



GOLONGAN asatizah menggalas tanggungjawab membimbing masyarakat Melayu/Islam dalam konteks Singapura yang berbilang kaum dan agama di samping mengajar nilai-nilai seorang Muslim yang terpuji.



Di samping itu, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, juga menggalak asatizah muda agar merintis jalan ke arah transformasi dan perubahan yang lebih baik dalam menyampaikan dakwah.



Dalam posnya di Facebook selepas bertemu pelajar Singapura yang menuntut di Universiti Islam Madinah dan Universiti King Saud semalam, Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata:



"Selain mengajar nilai-nilai seorang Muslim yang terpuji, contohnya berbaik sesama jiran ataupun memelihara kehijauan alam sekitar, asatizah juga perlu berusaha mencipta ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan bukan sekadar mengitar semula ilmu sedia ada.



"Saya menggalak asatizah muda kita agar sentiasa memotivasi diri dan merintis jalan ke arah transformasi dan perubahan yang lebih baik dalam menyampaikan dakwah.''



Dalam pertemuan dengan pelajar Singapura, Encik Masagos berbincang secara terbuka dengan mereka mengenai cabaran yang dihadapi asatizah dalam dunia yang pesat berubah terutama memastikan mereka kekal relevan dalam menyokong pembangunan masyarakat Melayu/Islam Singapura.



Ramai pelajar itu, tambah Encik Masagos, yang melahirkan keprihatinan mereka mengenai pilihan kerjaya apabila pulang ke Singapura nanti.



Beliau berada di Arab Saudi dari Selasa untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Haji sejak dilantik menjadi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, awal tahun ini.



Dalam lawatannya , Encik Masagos telah mengadakan pertemuan pertama dengan Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Mohammed Saleh Bin Taher Benten, dan timbalannya, Dr Abdul Fattah Mashat.



Mengongsi pengalamannya di Arab Saudi, Encik Masagos berkata ia merupakan pengalaman yang bermakna kerana berpeluang memperkukuh hubungan dua hala Singapura-Arab Saudi dan mempelajari banyak perkara.



Dalam lawatan itu, Encik Masagos turut meminta Arab Saudi membenarkan lebih ramai warga Singapura menunaikan haji setiap tahun agar senarai menunggu dapat dipendekkan.



Dalam musim haji tahun ini, seramai 900 jemaah mendapat tempat di bawah kuota rasmi baru Singapura, setelah negara ini menerima tambahan 100 tempat daripada kerajaan Arab Saudi, berbanding 800 pada tahun lalu.



Dari 2012 hingga 2016, Singapura diberikan kuota haji sebanyak 680 setahun disebabkan projek peningkatan dan pembangunan di kawasan Masjidil Haram, terutama peluasan kawasan Matif.



Encik Masagos juga berkongsi bahawa Gabenor Wilayah Makkah Al Mukarramah dan Penasihat kepada dua masjid suci di sana, Putera Khaled bin Faisal Al Saud, dan anaknya, Timbalan Gabenor Madinah Al Munawarrah, Putera Saud bin Khalid Al Faisal, telah memuji jemaah Singapura sebagai jemaah yang tertib dan patuh peraturan.



Kunjungan beliau itu diiringi rombongan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) termasuk Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Hassan Maricar, dan Timbalan Ketua Eksekutif, Encik Esa Masood.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >