Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah berkelulusan luar negeri: Amal agama ikut konteks masyarakat majmuk di S'pura, kata Halimah

Nov 04, 2019 | 08:00 AM



ASATIZAH yang kembali ke Singapura selepas melengkapkan pengajian agama di luar negeri perlu mengamalkannya dalam konteks masyarakat majmuk, kata Presiden Halimah Yacob. 



Mereka bukan sahaja boleh membentuk hidup sosioagama Melayu/Islam, malah mendukung peranan penting menggalak perpaduan sosial di Singapura, tambah beliau.



“Dari sudut ini, anda mempunyai peranan genting untuk memberi bimbingan rohani dan keberadaban kepada masyarakat Muslim di Singapura, yang lebih penting dalam masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di Singapura,” kata Puan Halimah, bercakap kepada sekumpulan pelajar Singapura di Kuwait.



Puan Halimah berkata demikian dalam ucapan ringkas pada Ahad (3 November)  di majlis pertemuan yang diadakan khas bagi 17 pelajar  Singapura yang menuntut di Sekolah Tinggi Al Mahad Al Dini dan Universiti Kuwait. Beliau sedang berada di sana bagi mengadakan lawatan negara ke Kuwait buat kali pertama sebagai presiden.



Ketua pertubuhan pelajar Singapura di Kuwait, Encik Sukri Ahyar, 21 tahun berkata pesanan Puan Halimah itu dekat di hatinya. 



"Mengamalkan agama mengikut konteks masyarakat dan kehidupan di sesebuah negara adalah sesuatu yang wajar,  kerana setiap masyarakat berbeza mempunyai budaya dan cara kehidupan yang berbeza. Islam adalah agama yang toleran dan sedang kita mengamalkan Islam, kita juga perlu menghormati kepercayaan orang lain," ujar Encik Sukri, yang memburu ijazah jurusan syariah.



Dalam pada itu, Puan Halimah berkata  beliau berasa bangga melihat orang muda dari Singapura menyesuaikan diri dengan baik di negara orang.



Puan Halimah berkata:



“Saya berharap anda semua terus berhubungan dengan orang tersayang di rumah kerana saya pasti mereka begitu merindui anda. Kami menanti kepulangan anda ke Singapura.”



Sejak 1980, lebih 40 pelajar dari Singapura telah menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Al Mahad Al Dini dan sebahagian daripada mereka biasanya melanjutkan pengajian ke Universiti Kuwait.  



Secara purata, sekitar dua pelajar dari Singapura menerima biasiswa itu setiap tahun, yang bermula apabila  mereka berusia sekitar 13 tahun atau di menengah satu.



Menurut Puan Halimah, kehadiran pelajar Singapura di Kuwait, yang kesemuanya menerima biasiswa penuh dari Kementerian Pendidikan Kuwait, menunjukkan hubungan mesra antara Singapura dengan Kuwait.



Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan Amir Kuwait Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah dan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Jaber Al Mubarak Al Hamad Al Sabah dan beberapa pegawai kanan lain. 



Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) juga berkata Puan Halimah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Kuwait juga berbincang tentang kerjasama rapat antara Singapura dengan Kuwait dalam pelbagai bidang dan melahirkan harapan memperluas kerjasama ke bidang teknologi maklumat dan sekitaran.



Pertemuan dengan pelajar dari Singapura ini antara acara terakhir dalam lawatan negara Puan Halimah ke Kuwait.



Beliau dijadual melawat Pusat Budaya Sheikh Abdullah Al Salem - kompleks muzim terbesar di dunia - pada hari ini, sebelum  meneruskan lawatan negara ke Arab Saudi, di mana beliau akan mengunjungi Jeddah, Riyadh, Makkah dan Madina.



Turut menyertai rombongan presiden ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >