Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah berperanan lindungi umat dari pelampau

Buku 'Menyangkal ISIS' dilancar
Oct 28, 2018 | 05:30 AM



PARA asatizah dan ulama memainkan peranan penting dalam melindungi masyarakat Islam dari idea eksklusif dan ekstremis, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau menambah mereka boleh membimbing masyarakat Islam untuk mengamalkan amalan yang inklusif dan meluaskan ruang bersama.



Berucap di pelancaran buku 'Menyangkal ISIS' semalam, beliau berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) merupakan contoh agensi dan pertubuhan Melayu/Islam yang memainkan peranan penting dalam memandu masyarakat menjadi Muslim dan rakyat yang baik, serta melindungi keharmonian, keamanan dan kestabilan yang dinikmati hari ini.



"Sebagai warga Singapura, kita hidup bersama-sama dengan aman, menghormati perbezaan satu sama lain dan menghargai persamaan kita sejak berdekad lalu. Ini adalah hasil usaha berterusan pemerintah dan masyarakat.



"Para asatizah dan ulama kita memainkan peranan penting melindungi masyarakat Islam dari idea eksklusif dan ekstremis, dengan membimbang masyarakat Islam untuk mengamalkan amalan yang inklusif, serta norma sosial yang membolehkan warga Singapura berinteraksi dan meluaskan ruang bersama,'' kata Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air dalam acara anjuran RRG dan Pergas semalam.



Beliau berkata demikian kepada 140 asatizah yang hadir di bagi pelancaran buku edisi Melayu 'Menyangkal ISIS' di auditorium Muis semalam.



Buku Melayu itu hasil terjemahan buku dalam Bahasa Inggeris 'Refuting ISIS' tulisan ulama kelahiran Syria, Shaykh Muhammad Al-Yaqoubi dengan kerjasama RRG.



Menurut Encik Masagos, masyarakat Islam harus mempunyai pemahaman agama Islam yang berpandangan ke hadapan mengikut konteks semasa dan berdasarkan negara yang didiami di Singapura.



Beliau menambah agama tidak harus ditafsir secara literal dan dipraktikkan dari sudut ritual sahaja tanpa menghidupkan nilai-nilai sebenar agama seperti kesaksamaan, keharmonian dan azam untuk mencapai puncak kecemerlangan.



Mengulas mengenai buku 'Menyangkal ISIS', Encik Masagos berkata buku itu boleh dijadikan bahan rujukan bagi menyangkal ancaman radikal bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura serta penduduk di rantau ini.



Ia memberikan banyak contoh bagaimana tindakan ISIS tidak mencerminkan Islam.



"Saya harap buku itu akan memberikan asatizah dan masyarakat Melayu/Islam pemahaman lebih baik mengenai ideologi radikal yang dipromosikan ISIS, serta naratif balas bagi menunjukkan nilai Islam dan komitmen ke arah keamanan dan keharmonian,'' jelas beliau.



Laporan lanjut : Masih ada ruang baru teroka cara banteras radikalisme




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >