Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah berperanan penting dalam memupuk masyarakat Islam Singapura yang progresif

Aug 18, 2019 | 07:04 PM



DALAM masyarakat majmuk Singapura, Islam diamalkan dengan semangat saling menghormati, toleransi serta bersikap inklusif, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2019.



PM Lee menekankan peranan penting golongan asatizah dalam memupuk masyarakat Islam Singapura yang progresif, yang saling menghormati, toleransi serta bersikap inklusif.



Sebagai contoh, Ustaz Zahid Zain selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Forum Belia Islam (MYF) mengambil pendekatan segar dalam menganjurkan kelas-kelas agamanya, termasuk mengundang orang bukan Islam untuk berkongsi perspektif dengan belia Islam.



“Kita mahu golongan asatizah yang bermutu tinggi dan menjadi pemimpin yang konfiden pada masa depan,” kata PM Lee.



PM Lee turut mengakui peranan yang dimainkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam membimbing masyarakat Melayu/Islam di Singapura.



Pada tahun depan, Muis akan melancarkan Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) bagi siswazah agama di luar negara apabila mereka pulang ke Singapura. 



Ini supaya mereka dilatih untuk menerapkan apa yang mereka pelajari dalam konteks Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >