Asatizah boleh bimbing sesuai konteks kepada mereka yang keliru, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PERANAN AGAMA DALAM KEPELBAGAIAN

Asatizah boleh bimbing sesuai konteks kepada mereka yang keliru

Apr 10, 2016 | 05:30 AM

ASATIZAH setempat boleh memainkan peranan lebih besar memberi bimbingan agama sesuai dengan konteks kehidupan di negara ini.

Bimbingan sedemikian boleh diberi kepada mereka yang mungkin keliru dengan pelbagai maklumat dan pandangan tentang agama.

Menyertai perbincangan meja bundar Berita Minggu baru-baru ini, peguam Encik Abdul Rohim Sarip berkata kepelbagaian dari segi pemahaman atau orientasi agama - tidak kira Wahabi, Sufi, Syiah atau Sunni misalnya - boleh memecah belah masyarakat jika orang ramai hanya ingin menegakkan pandangan sendiri.

"Ada juga pengaruh yang begitu kuat sekali daripada asatizah luar negara yang menyebarkan mesej mereka dengan teknik canggih.

"Jika ajaran yang disampaikan itu memecah belah, asatizah setempat perlu mengatasinya," ujar Encik Abdul Rohim.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Penyelidik bersekutu Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Azeemah Mustafa, pula berkata ramai anak muda sekarang lebih cenderung mendapatkan maklumat dari Internet, termasuk daripada pendakwah luar negara yang mungkin berpegang pada pandangan yang kurang sesuai di Singapura.

Contohnya, fatwa luar negara mungkin berlainan dan boleh mengelirukan orang awam.

"Golongan ini mungkin kurang tahu ustaz atau ustazah setempat untuk bertanya. Perlu diperluas hubungan antara asatizah dan masyarakat untuk membimbing masyarakat dalam soalan berkaitan agama," ujar Cik Azeemah.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, setuju tentang peri pentingnya kepimpinan keagamaan dalam masyarakat.

"Kita memerlukan panduan dan kepimpinan untuk menyesuaikan diri mencari perjalanan yang sesuai dalam konteks negara kita, dan supaya kita tidak berasa identiti kita tergugat dan bercanggah," ujar Dr Maliki.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map