Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Asatizah boleh manfaat kredit latihan Muis tingkat kemahiran

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



GURU agama setempat boleh menggunakan Kredit Latihan Asatizah (ATC) untuk menyertai pelbagai kursus daripada kemahiran celik digital hingga pengajaran menggunakan teknologi.



Mereka boleh menggunakan kredit itu untuk mengambil sehingga enam kursus asas dalam beberapa bidang kecekapan termasuk pembangunan peribadi dan pembelajaran hayat, serta daya tahan, selain kemahiran digital.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata demikian dalam satu jawapan bertulis di Parlimen semalam.



"Skim Kredit Latihan Asatizah (ATC) Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) bertujuan membantu asatizah membangun kemahiran relevan untuk beroperasi secara yakin di tengah-tengah pandemik Covid-19.



"Ini melengkapi usaha nasional SkillsFuture untuk menggalakkan warga Singapura meningkatkan dan memperbaharui kemahiran," kata Encik Masagos.



Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) mengenai apakah suntikan $1 juta dalam kredit latihan oleh Muis akan merangkumi kursus yang bukan berkaitan ajaran agama, termasuk kesihatan mental, koding dan pengurusan kewangan.



September lalu, Encik Masagos telah mengumumkan Muis akan memperuntuk $1 juta dalam bentuk kredit latihan bagi sekitar 4,900 asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Inisiatif itu sebahagian daripada usaha memperkukuh sektor asatizah di sini.



Semalam, Encik Masagos berkata terdapat kursus sedia ada di bawah Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) ARS bagi bidang seperti kesihatan mental dan daya tahan psikologi.



"Kemahiran lebih lanjut dan khusus seperti koding, pemprograman, dan celik media tidak ditawarkan di bawah skim ATC tetapi asatizah boleh menggunakan kredit SkillsFuture untuk menghadiri kursus relevan bagi memperolehi kemahiran ini," kata Encik Masagos semalam.



Beliau sebelum ini telah menggesa asatizah supaya merebut peluang pembangunan yang sedia ada.



"Asatizah kita memainkan peranan yang begitu penting dalam membimbing masyarakat, terutama sekali selama kita menghadapi wabak Covid-19 ini.



"Kita bergantung kepada mereka untuk memberi nasihat dan panduan yang berdasarkan ajaran agama, dan yang selari dengan konteks masyarakat majmuk Singapura.



"Justeru, kita harus menyokong usaha untuk membangunkan asatizah kita termasuk dari segi ilmu dan kemahiran," ujarnya.



Encik Masagos juga telah mengumumkan sebelum ini bahawa panel Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) akan menyemak dan memperbaharui kurikulum CPE, dengan memberi lebih banyak tumpuan terhadap pembangunan kemahiran agar lebih sejajar dengan visi masa depan asatizah.



Panel itu telah melakarkan tiga matlamat utama iaitu menyediakan rangka kerja CPE yang lebih menyeluruh, kurikulum lebih segar dengan lebih banyak tumpuan diberikan terhadap pembangunan kemahiran selain sistem pengurusan pembelajaran lebih bersepadu bagi memudahkan proses pembangunan yang berkesan.



Panel pakar tujuh anggota itu melibatkan asatizah daripada pelbagai bidang. Ia diketuai Timbalan Mufti, Dr Mohammad Hannan Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >