Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dekati golongan muda melalui media sosial

Asatizah perlu manfaatkan media sosial agar dikenali

Jun 27, 2017 | 05:30 AM



MEMANFAATKAN media sosial adalah cara ke hadapan yang perlu diambil asatizah tempatan kerana di situlah tempat di mana "semua orang berada".



Demikian pandangan Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Mizi dalam kalangan belia Muslim di sini.



Namun, masih ramai asatizah yang belum atau kurang memanfaatkan wadah dalam talian untuk tujuan dakwah, tetapi sudah tiba masanya mereka menjinak-jinakkan diri dengan platform sedemikian.



Dalam satu temu ramah dengan Berita Harian, Ustaz Tarmizi berkata:



"Baru-baru ini kita ada kes seseorang menjadi radikal dalam talian. Saya rasa antara sebabnya juga adalah kerana kita tidak mempunyai cukup 'sumber alternatif'.



"Kalau anda hendak belajar tentang agama, tentang Al-Quran, ke manakah akan anda pergi? Di mana anda mencari? Kalau anda google dan semua yang anda dapati adalah yang mengelirukan, itu menimbulkan masalah."



Hari ini, tidak boleh dinafikan bahawa Internet merupakan wadah mendapatkan maklumat agama, oleh itu tidak realistik untuk menasihati orang ramai mengelak daripada menggunakannya.



Oleh yang demikian, Ustaz Tarmizi berkata asatizah di Singapura boleh melakukan lebih banyak lagi untuk memastikan mereka dikenali oleh masyarakat setempat yang celik teknologi.



"Saya pasti kalau kita tanya mereka yang tidak pernah menghadiri sebarang majlis (agama), asatizah mana yang mereka kenali, mereka akan menamakan asatizah asing.



"Ini bukan semestinya perkara yang tidak baik tapi kita perlu bersikap lebih berhati-hati," jelas beliau.



"Memang tidak dinafikan langsung ramai asatizah asing berniat baik, mereka tidak ada sebarang niat buruk. Tapi kesannya terhadap masyarakat tempatan akan terasa kerana ramai di antara mereka mempunyai cara pemikiran yang berbeza, mazhab yang berbeza, konteks yang berbeza.



"Ada kalanya mereka mengajar sesuatu dan kita mahu menyesuaikan pengajaran tersebut di sini tetapi ia tidak kena," ujar beliau.



Asatizah tempatan lebih faham akan konteks di Singapura dan suara mereka patut diketengahkan.



"Orang ramai perlu suara alternatif, kalau tidak mereka akan mengikut suara-suara negatif yang ada dalam talian. Kalau tidak ada maklumat yang seimbang, berbahaya.



"Jika mereka dapatkan informasi daripada sumber yang salah, ia seolaholah tamparan kepada asatizah tempatan kerana apa yang telah kita lakukan?" tanya beliau.



Menyedari pentingnya asatizah tempatan 'wujud' di media sosial, Ustaz Tarmizi sendiri memulakan akaun Facebooknya pada 2008, dan kini mempunyai akaun di Twitter dan Instagram juga.



Beliau mempunyai lebih 5,000 pengikut di Facebook dan lebih 1,000 pengikut di Instagram.



"Saya melihat media sosial sebagai wadah mendekati masyarakat dan melakukan dakwah secara 'halus'. Matlamatnya ialah mahu memastikan orang tetap dekat dengan agama dan melihat bahawa ia ada kaitan dengan kehidupan harian," kata Ketua Pegawai Eksekutif Safinah Institute itu.



Ustaz Tarmizi sering berkongsi kisah hidupnya sebagai bapa, usahawan serta ustaz, dan melalui pos-posnya itu, beliau menunjukkan bahawa Islam sangat relevan dalam hidup seseorang.



Namun, lebih daripada hanya bermanfaat bagi masyarakat tempatan, penggunaan media sosial turut mempunyai kelebihan kepada asatizah.



Mereka menerima banyak soalan agama yang diajukan melalui mesej peribadi di Facebook atau Instagram.



Melalui kemusykilan agama itulah asatizah boleh memahami masalah yang dihadapi Muslim Singapura, sekali gus membuka mata mereka kepada isu-isu yang menjadi keprihatinan masyarakat, jelas Ustaz Tarmizi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >