Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU TUDUNG JURURAWAT

Asatizah hargai isu masih dibincang, ada ruang ubah aturan

Harap keputusan tidak makan masa, seru Muslim sabar
Mar 24, 2021 | 05:30 AM



ASATIZAH mapan menghargai jaminan yang diberikan oleh pemerintah bahawa isu tudung masih dibincangkan dan masih ada ruang bagi perubahan peraturan memakai tudung dalam kalangan jururawat.



Menyuarakan pendapatnya di sesi dialog dengan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam semalam, naib pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) Ustaz Pasuni Maulan berkata beliau rasa beruntung berpeluang berbincang dengan menteri berhubung isu tudung yang sensitif, juga di sesi dialog tertutup yang diadakan enam bulan lalu.



"Soal tudung dekat dengan hati masyarakat Islam... satu (isu) yang sensitif.



"Ramai yang mengatakan bahawa ustaz di Singapura ini menikus, takut untuk mengutarakan pandangan mereka di ruang awam kerana ini merupakan satu isu sensitif," ujar Ustaz Pasuni, dalam dialog semalam, yang diadakan di Masjid Khadijah.



"Kami berharap masyarakat kami memahami ia adalah sesuatu yang sedang diusahakan," kata Ustaz Pasuni, yang akur dan menekankan bahawa sekiranya isu sensitif itu dibincangkan di ruang awam, ia mungkin mempunyai natijah negatif.



Beliau turut melahirkan harapan perbincangan tidak akan berlarutan dan huraian dapat dicapai.



Bersependapat, pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Ali Mohamed, bertanya Encik Shanmugam bilakah pemerintah akan memberikan keputusan tentang isu itu.



Dalam responsnya, Encik Shanmugam berkata ia tidak akan mengambil masa terlalu lama dan pemerintah akan mengumumkannya sejurus selepas perbincangan mengenai perkara itu selesai.



Semasa dialog itu yang turut dihadiri oleh Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Encik Shanmugam mengongsi pendirian pemerintah berhubung isu tudung.



Menurut Encik Shanmugam, beliau telah bertemu presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, yang juga pengerusi bersama RRG; pegawai Pergas, Ustaz Ali, dan Ustaz Pasuni sekitar enam bulan lalu dalam satu sesi tertutup di Masjid Khadijah juga.



Di pertemuan yang diadakan pada 31 Ogos itu, isu berkenaan membenarkan jururawat memakai tudung telah dibincangkan.



Semalam, Encik Shanmugam memberitahu peserta dialog pemerintah akur ada sebab baik jururawatdibenarkan memakai tudung jika mereka ingin berbuat demikian.



Menambah, beliau berkata perkara tersebut sedang dibincangkan secara dalaman dan pandangan pemerintah ialah kemungkinan akan ada perubahan pada peraturan.



"Kami sedang berunding dengan masyarakat sebelum kami membuat perubahan.



"Itulah pandangan pemerintah," kata Encik Shanmugam.



Mengulas mengenai sesi enam bulan lalu itu, Ustaz Hasbi berkata ia tidak diberitahu kepada orang awam kerana enggan memberikan berita yang belum ditetapkan.



"Kita tidak tahu pendirian pemerintah dan kita tidak mahu mengongsikan berita yang belum konkrit, ujar beliau.



Memandang ke hadapan, Ustaz Hasbi berkata perbincangan yang selanjutnya akan dijalankan untuk mendapatkan pandangan lebih konkrit daripada masyarakat.



Beliau turut berpesan kepada masyarakat Islam supaya bersabar.



"Tanam taugeh dan tanam durian tak sama. Tanam taugeh, satu hari boleh tumbuh, tapi tanam durian 20 tahun baru baru dapat hasilnya.



"Itulah perumpaannya," kata Ustaz Hasbi.



Dalam pada itu, Ustaz Ali berkata adalah penting masyarakat Melayu/Islam memupuk pemikiran beretika iaitu berfikir secara bijak yang memupuk sikap positif dan rahmah serta saling menghormati.



"Kita hidup sebagai kaum minoriti dalam negara sekular. Kita telah memupuk hubungan damai dengan masyarakat lain di Singapura.



"Lantaran itu, kita perlu menghargai keupayaan dan kesediaan pemerintah untuk terus mendengar keperluan dan amalan kita yang berbeza-beza.



"Maklum balas kita diterima dan dasar diubah berdasarkan konteks masa dan keperluan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >