Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Asatizah harus kekal komited pertahan harmoni agama, sosial'

Jul 03, 2019 | 05:30 AM



ASATIZAH setempat harus kekal komited dalam mempertahankan keharmonian agama serta perpaduan sosial dalam masyarakat majmuk seperti di Singapura, kata Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Beliau juga menggesa asatizah mempertahan institusi asatizah yang telah dibina di Singapura.



"Institusi asatizah adalah milik kita bersama. Perkembangan demi perkembangan, kemajuan demi kemajuan telah dicapai oleh golongan asatizah di tanah air kita ini," ujar Dr Fatris, semasa menyampaikan amanatnya di Perjumpaan Hari Raya Asatizah di Kelab Temasek yang dihadiri 650 asatizah setempat.



Turut berucap ialah Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Ali Mohamed.



Dalam ucapannya, Ustaz Ali mengumumkan sejumlah 4,549 asatizah kini berdaftar dengan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). Jumlah asatizah berdaftar dengan ARS ini adalah perkembangan positif dan menunjukkan trend yang menggalakkan, kata Ustaz Ali.



Perjumpaan Hari Raya Asatizah adalah acara tahunan yang diadakan buat kali kedua tahun ini.



Dalam kenyataannya, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata acara itu adalah wadah berkesan untuk mendekati asatizah dari pelbagai pertubuhan.



LAPORAN LANJUT: Mufti: Asatizah perlu kekal pertahan keharmonian agama, perpaduan sosial




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >