Asatizah: Hulurkan sokongan kepada keluarga, usah lekas label mereka yang bunuh diri sebagai 'ahli neraka'
Apr 07, 2019 | 05:30 AM
MEMBUNUH diri itu semestinya dilarang dari segi agama, namun itu tidak bererti masyarakat Islam harus melabel mereka yang bunuh diri sebagai ahli neraka ataupun menyalahi keluarga serta penjaga mereka.
Apatah lagi jika mereka tidak tahu dan memahami keadaan yang telah dihadapi mangsa sebelum kejadian tersebut berlaku.