Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah: Islam larang perbuatan rogol dalam perkahwinan

Sep 15, 2018 | 05:30 AM



PERBUATAN rogol dalam perkahwinan atau memaksa isteri mengadakan seks jelas bertentangan dengan ajaran Islam, sebaliknya suami dianjur supaya melayani isteri dengan baik dan penuh kasih sayang.



Malah, ajaran agama mengajak Muslim melayani pasangan dengan penuh kasih sayang serta perasaan saling menghormati.



Demikian menurut beberapa asatizah ketika memberi reaksi kepada laporan Jawatankuasa Semakan Kanun Keseksaan (PCRC) yang menyarankan imuniti terhadap rogol dalam perkahwinan dimansuhkan dan menjadikannya satu kesalahan jenayah di Singapura.



Anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah, Ustaz Kamal Mokhtar, berkata Islam melarang individu menimbulkan sebarang kemudaratan ke atas orang lain, apatah lagi ke atas pasangan sendiri.



"Oleh itu, hubungan seksual tidak harus dilakukan di bawah tekanan atau dengan paksa. Masyarakat Islam jelas menentang tindakan rogol dalam perkahwinan," kata Ustaz Kamal.



Ustazah Kalthom Isa pula berkata Islam telah menetapkan tanggungjawab asas dan hak kededua suami dan isteri.



"Seorang suami haruslah berbuat baik, bersikap memahami dan memaafkan, serta perlu melayani isteri dengan penuh kasih sayang.



"Suami diperintahkan supaya mendekati isterinya dengan lembut, dan tidak menganggap isterinya sebagai objek seksual, bahkan sebagai pasangan bagi beliau mendapatkan kepuasan bersama," ujar Ustazah Kalthom.



Buat masa ini, rogol dalam perkahwinan hanya satu kesalahan dalam keadaan tertentu, termasuk setelah bermulanya prosiding perceraian dan apabila terdapat perintah mahkamah yang melarang suami daripada mengadakan hubungan seks dengan isterinya.



Dalam masyarakat Islam sendiri, ada segelintir yang bertanggapan bahawa suami mempunyai kuasa mutlak ke atas isteri, termasuk dalam hubungan seksual.



Namun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Forum Belia Muslim (MYF) Ustaz Zahid Zin menekankan hubungan seksual dalam rumahtangga adalah hubungan konsensual suami dan isteri.



"Tiada satu pihak yang mempunyai hak mutlak menentukan keperluan mereka harus diutamakan. Suami tidak mempunyai kuasa untuk memaksa apa yang bukan kehendak isteri begitu juga sebaliknya.



"Persoalan 'kuasa' harus tidak hanya dilihat dari sudut pandangan agama tetapi keadaan sosial kehidupan masyarakat yang membentuk sesuatu pandangan," ujar Ustaz Zahid.



Sedang suami atau isteri mempunyai hak untuk melayan keperluan masing-masing, jika ia dilakukan dengan sengaja untuk menyakitkan hati pasangan, perbuatan itu pula dianggap berdosa mengikut pandangan agama, tambahnya.



Satu fatwa yang dikeluarkan Dar Ifta' Al-Misriyyah (Lembaga Fatwa Mesir) menyatakan seorang suami yang menggunakan kekerasan untuk memaksa isteri untuk menidurinya akan menanggung dosa, dan isterinya berhak untuk mengadu ke mahkamah.



"Wanita juga mempunyai hak untuk tidak melakukan hubungan seks dengan suaminya jika suaminya itu mempunyai penyakit atau menggunakan kekerasan yang menyakitinya semasa hubungan seks," menurut fatwa itu.



"Syariah Islam menasihatkan agar hubungan seks antara suami dan isteri harus dilakukan secara intim dan kasih sayang, dan menjadikan perbuatan yang dilakukan dengan baik itu sebagai tanda kewarakan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >