Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Asatizah: Ludah makanan sebelum dihidang jauh dari kebenaran

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



AGAMA Islam amat menitik- beratkan soal kebersihan dan memelihara hubungan antara insan walaupun berlainan agama.



Justeru, video yang tular di media sosial mengenai perbuatan seseorang yang mendakwa sebagai Muslim meludah ke makanan dan dihidangkan kepada pelanggan sebagai satu tuntutan agama jauh sekali daripada kebenaran.



Demikian pandangan beberapa asatizah setempat apabila diminta mengulas mengenai video yang tular di media sosial dan aplikasi kiriman mesej WhatsApp sejak beberapa minggu ini.



Video itu dipercayai berasal daripada rakaman sebuah restoran di India, namun sejak ia tular, ada pihak mendakwa ia dari sebuah tempat makan di Malaysia.



Bukan itu sahaja. Beberapa catatan dan komen yang mengiringi video tersebut mendakwa perbuatan itu satu amalan agama Islam. Malah, ramai juga mendakwa ia dilakukan ke atas pelanggan bukan Islam.



Asatizah yang mengulas berkata asal usul kepercayaan itu datang daripada bertabaruk atau mengambil keberkatan melalui air ludah Nabi Muhammad saw.



Namun, mendakwa bahawa bertabaruk melalui air liur alim ulama sekalipun dan disamakan dengan air ludah Nabi saw adalah salah kerana hanya Rasulullah saw mempunyai keberkatan pada diri atau zat Baginda.



Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Afdal Abd Hamid, menerangkan bahawa, menurut ulama, berkat yang dijadikan Allah swt ada dua bahagian iaitu berkat pada masa dan tempat, manakala berkat yang hanya pada diri atau zat seorang nabi dan rasul tidak terdapat pada manusia.



"Berkat pada orang alim ulama dan orang soleh merujuk pada amalan, keimanan, ilmu dan doa mereka," ujar beliau.



Asatizah yang dihubungi Berita Harian juga berkata Islam mengakui bahawa air liur kita mengandungi bakteria berbahaya.



Malah, dalam satu hadis, Rasulullah saw mengajarkan satu adab supaya orang yang bersin meletakkan tangannya atau kainnya pada mulutnya dan merendahkan suaranya.



"Ini jelas agar tidak ada yang terkena percikan air liur orang yang bersin kerana khuatir mengandung bakteria berbahaya.



"Apatah lagi perbuatan meludah ke makanan adalah perbuatan yang kotor dan bukan daripada ajaran Islam," ujar Ustaz Muhammad Afdal lagi.



Sementara itu, Ustaz Ahmad Muzzammil Shukri, Pengasas Arabic Lab SG dan Imtiyaaz Services, berkata perbuatan yang dilihat dalam rakaman video tersebut jelas suatu amalan yang menyalahi syariat Islam.



"Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadis yang sahih riwayat Imam Muslim bahawa "kebersihan itu sebahagian daripada iman"," ujar beliau.



Ustaz Ahmad Muzammil menambah: "Syeikh Uthaimin dalam kitab Syarah Arabain AnNawawi, mensyarahkan kebersihan itu merujuk pada kebersihan secara fizik dan maknawi, iaitu amalan ibadah kita haruslah bersih daripada khurafat dan syirik," tambah beliau.



Merumuskan isu video tular itu, Ustaz Muhammad Afdal berkata masyarakat harus berhati-hati menyebarkan kandungan di media sosial kerana ia berupaya mempunyai implikasi lebih luas.



Video itu boleh disalahtafsir oleh mereka daripada masyarakat bukan Islam.



"Kita harus bersikap waspada apabila menerima khabar angin dan anasir tidak baik yang hendak memburukkan atau memecahbelahkan keharmonian kaum," ujarnya.




MELUDAH MAKANAN MENYALAHI SYARIAT ISLAM



"Ini (adab supaya orang yang bersin meletakkan tangannya atau kainnya pada mulutnya dan merendahkan suaranya) jelas agar tidak ada yang terkena percikan air liur orang yang bersin kerana khuatir mengandung bakteria berbahaya.

Apatah lagi perbuatan meludah ke makanan adalah perbuatan yang kotor dan bukan daripada ajaran Islam."

- Ustaz Muhammad Afdal Abd Hamid, pendakwah bebas.




"Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadis yang sahih riwayat Imam Muslim bahawa "kebersihan itu sebahagian daripada iman"."
- Ustaz Ahmad Muzzammil Shukri, Pengasas Arabic Lab SG dan Imtiyaaz Services.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >