Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah manfaatkan program pembangunan

Hampir 600 asatizah setakat ini telah gunakan skim kredit latihan: Muis
Jan 02, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR 600 asatizah telah meraih manfaat daripada skim Kredit Latihan Asatizah (ATC), yang menawarkan sokongan kewangan bagi membiayai pelbagai kursus pembelajaran berterusan yang diiktiraf.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata 585 asatizah telah memanfaatkan ATC.



"Sejumlah $60,000 telah diagihkan di bawah skim tersebut sejak ia dilancarkan," kata Muis semasa menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM).



ATC telah dilancarkan pada 2020 untuk menggalak pembangunan lanjut dalam kalangan asatizah dan melengkapi gerakan nasional demi meningkatkan kemahiran rakyat Singapura.



Setiap asatizah yang terdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) diperuntukkan kredit bernilai $200 untuk mengimbangi kos kursus pembelajaran berterusan selepas mengambil kira subsidi SkillsFuture.



Asatizah boleh menggunakan kredit ini untuk mendaftar dalam kursus di bawah pelbagai kategori kemahiran yang disyorkan.



Ini termasuk Literasi Digital, Pemasaran Digital, Pembelajaran & Penyampaian Didayakan Teknologi, Pembangunan Peribadi dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.



Pembangunan asatizah merupakan antara tonggak usaha Muis dan pelbagai usaha giat dilaksana untuk mempertingkat kemahiran cendekiawan dan golongan karyawan agama setempat.



Mengulas tentang usaha berkenaan, beberapa asatizah yang dihubungi BM berkata ia menunjukkan terdapat dorongan yang gigih untuk mempertingkat kemahiran karyawan agama demi menangani cabaran ekonomi yang tidak menentu.



Ia juga boleh membantu asatizah meraih ilmu dan kemahiran baru demi membimbing masyarakat melayari cabaran masa kini dan masa depan yang lebih rumit.



Penolong Profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata antara program yang dilaksanakan Muis demi membantu asatizah menangani isu semasa ialah program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).



"Ia bertujuan membantu golongan asatizah khususnya siswazah pusat pengajian luar negara, mengamalkan ilmu serta kemahiran relevan dalam konteks Singapura," kata beliau.



Muis berkata sehingga kini seramai 162 pelajar telah mendaftar dalam PCICS yang terdiri dari empat kohort.



Kira-kira separuh (kohort pertama dan kedua) telah menamatkan program tersebut manakala bakinya masih menjalaninya.



Relawan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustazah Siti Khairunisa Abdullah, pula menekankan peri pentingnya asatizah mempertingkatkan ilmu dan kemahiran mereka.



"Ini kerana dengan kemajuan serta peredaran masa yang begitu pantas, asatizah perlu melengkapi diri mereka dengan kemahiran baru seperti kemahiran IT dan tidak lupa juga kemahiran berbahasa Inggeris.



"Dengan adanya kursus yang disediakan oleh Muis dan ARS, asatizah boleh meneroka peluang lain dan keluar dari zon selesa mereka," kata beliau yang memiliki sarjana Pengajian Asia dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >