Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah: Peluang bantu perbetul kekeliruan

AYN
Apr 01, 2018 | 05:30 AM



MEMBANTU belia daripada sebarang kekeliruan agama dan membimbing mereka ke jalan yang betul.



Hasrat mendampingi belia bagi membantu mereka agar tidak terpengaruh pada ideologi radikal dan ekstrem menjadi hasrat beberapa anggota kumpulan Rangkaian Belia Asatizah (AYN).



Salah seorang anggota, Ustazah Rohanah Ithnin, yang aktif mengajar belia dan biasa menggunakan media sosial, berkata asatizah perlu kekal relevan mendekati golongan belia dengan menghadirkan diri dalam wadah yang disenangi belia seperti Internet dan media sosial.



"Kita harus jadi 'ustazah google', ustazah modern, supaya boleh sepadan dan relevan dengan belia," kata beliau.



Antara keprihatinannya ialah isu toleransi.



"Jawapan bagi sesuatu permasalahan boleh dilihat daripada pelbagai sudut, tetapi sebahagian remaja melihat dari satu sudut sahaja.



"Kalau belia dapat terima bahawa jawapan daripada sudut lain terdapat dalam Islam, tidak mengapa. Tetapi jika mereka tidak terima pendapat lain dan menjadi ekstrem dengan idea sendiri, ia boleh membawa kepada perhubungan yang tidak baik.



"Fahaman tentang konsep tertentu, jika silap, boleh berbahaya. Konsep 'adil' misalnya tidak bererti sama, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya," jelasnya.



Beliau memetik contoh Rasulullah memberi jawapan berlainan kepada soalan yang sama mengikut konteks dan keadaan sahabat tentang melakukan kebaikan: kepada seorang sahabat - Nabi menasihatkan supaya solat pada waktunya; kepada seorang lagi - hormat pada ibu bapa; dan kepada yang lain - jihad fisabilillah.



"Kita perlu ikut konteks dalam kurun ke-21, tidak bergantung sepenuhnya pada buku yang tiada pendedahan relevan di Singapura.



"Kita minoriti. Pemahaman konsep boleh membawa kepada fahaman berbeza, sama ada mengenai jihad atau khilafah.



"Jadi topik perlu dijelaskan dengan betul dan ikut konteks," kata beliau.



Ustaz Mohammad Khalid Mohd Rafi, Pegawai Agama Masjid Muhajirin yang pernah mengikuti program sarjana di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS) dan terlibat dalam sesi sembang melibatkan Muslim dan bukan Muslim, berkata AYN boleh menjadi wadah berbincang mengenai isu sensitif.



Beliau menjangka antara perkara yang mungkin ditanya ialah mengenai jihad kerana ramai yang masih keliru.



"Kadangkala mereka keliru dengan ikon, slogan dan semboyan yang digunakan puak pelampau - mengandungi unsur Islam tetapi tidak melambangkan prinsip Islam.



"Ada juga berasa bersalah atau keliru dengan identiti seperti bolehkah aku jadi Muslim yang baik.



"Kita boleh memberi pencerahan dalam perkara seperti ini," kata beliau.



Ustazah Rohanah dan Ustaz Mohammad Khalid adalah antara asatizah di masjid dan pendidikan Islam privet yang dipilih menyertai AYN bagi menyediakan ruang yang selamat untuk golongan muda dan keluarga mereka membincangkan isu-isu dan mendapatkan nasihat agama mengenai perkara-perkara rumit.



Menurut Ustazah Rohanah, faktor seperti hubungan dan kemantapan keluarga juga mempengaruhi kecenderungan belia.



"Kalau kurang atau tidak ada kasih sayang, dia mungkin cari di luar.



"Sekiranya dia bergaul dengan kumpulan yang salah, ia boleh menimbul masalah. Ada yang menjadi radikal kerana kurang pendidikan agama, tidak faham dan tidak ada tempat bertanya," kata beliau.



Sependapat, Ustaz Khalid menambah bahawa sebahagian remaja menghadapi krisis identiti dan mahukan rasa kepunyaan.



"Kalau tidak disalurkan kepada perkara bermanfaat, mereka mungkin terdedah pada pengaruh luar, keliru dengan berita tentang kesengsaraan umat Islam di luar sehingga berasa perlu melakukan sesuatu.



"Jika tidak terarah, mereka boleh terjerumus kepada bahaya," kata beliau.




11 ASATIZAH DI BAWAH RANGKAIAN BELIA ASATIZAH



1. Ustaz Muhd Fakhrur Radzi Mohd Noor (Pegawai Agama Masjid, Masjid Al-Mukminin)



2. Ustaz Muhammad Imran Othman (Pegawai Agama Masjid, Masjid Al-Ansar)



3. Ustazah Zhahirah Mohammad Saleh (Eksekutif PERGAS)



4. Ustazah Rohana Ithnin (Naib Mudir Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah)



5. Ustaz Muhammad Syazwan El Rani Mohammad (Eksekutif Darul Arqam)



6. Ustaz Muhammad Fadhlullah Daud (Eksekutif Kanan Darul Arqam)



7. Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid (CEO Safinah)



8. Ustaz Md Khalid Md Rafi (Pegawai Agama Masjid, Masjid Muhajirin)



9. Ustaz Anwar Hussain Ismail Ghaney (Pegawai Agama Masjid, Masjid Khalid)



10. Ustaz Ahmad Faritz Mohamed Khairudin (Pegawai Agama Masjid, Masjid Darussalam)



11. Ustaz Ridhwan Mohd Basor (Pengurus Pejabat Mufti, Muis)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >