Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah perlu sedia hadapi cabaran masa depan untuk terus bimbing masyarakat ikut keperluan S’pura

May 20, 2022 | 06:53 PM



ASATIZAH dan pemimpin agama setempat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran masa depan dalam usaha membimbing masyarakat Islam berdasarkan keperluan serta konteks Singapura.



Ini termasuk dalam menilai perkara yang tiada contohnya dalam teks-teks agama, tiada kesamaan dengan pengalaman masyarakat Islam negara lain serta timbulnya perbezaan dalam keputusan atau tindakan yang diambil Singapura berbanding negara-negara Islam lain, kata Mufti Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir, menukil contoh pengalaman masyarakat Islam dalam mengharungi krisis pandemik Covid- 19.



Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai “kontroversi” penentuan Hari Raya tahun ini sambil menekankan pentingnya untuk terus berpegang kepada prinsip sendiri dalam menguruskan kehidupan agama masyarakat Islam setempat.



Namun, untuk melakukan demikian, masyarakat Islam perlu meletakkan kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap kepimpinan asatizah setempat.



Mufti berkata demikian dalam ucapan semasa Majlis Hari Raya Asatizah bersama Mufti tahun ini yang diadakan secara fizikal buat julung kalinya di The Chevrons pada Khamis (19 Mei).



Majlis tersebut turut disertai lebih 250 asatizah.



“Keputusan-keputusan kita barangkali berbeza dengan negara lain kerana perbezaan realiti, cabaran serta keperluan masing-masing.



“Kita perlu terus berlapang dada dan menghormati satu sama lain, tanpa merasa pendirian kita lemah atau harus diragui,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >