Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asatizah rangkaian belia dilatih tangani pengaruh ekstrem 'online'

AYN
Apr 01, 2018 | 05:30 AM



SERAMAI 11 asatizah di bawah Rangkaian Belia Asatizah (AYN) telah menjalani beberapa latihan untuk mendekati belia di talian bagi menangani unsur radikal dan ektrem.



Latihan tersebut merangkumi pemahaman terhadap ideologi radikal dan ekstrem dan bagaimana ia disalurkan dan kaedah menanganinya menerusi pelbagai jalur.



Rangkaian itu akan diluaskan merangkumi 30 asatizah menjelang akhir tahun ini.



Seorang anggota AYN, Ustazah Rohanah Ithnin, menyifatkan siri latihan yang dilaluinya itu amat berguna bagi memahami isu berkaitan ideologi radikal dan ekstrem dan dalam mempersiap mereka menggalas tugas yang diamanahkan.



Peranan asatizah menyediakan bimbangan agama di tengah-tengah suasana landskap sosio-agama telah disentuh oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, baru-baru ini.



Menurutnya, akses pada maklumat agama semakin mudah diperolehi.



Namun, terdapat bahaya unsur ideologi radikal dan ekstrem terserap di bawah penyamaran agama.



Sehubungan dengan itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengambil inisiatif mewujudkan AYN bagi membolehkan asatizah memainkan peranan lebih proaktif dalam membimbing masyarakat menimba pengetahuan agama yang betul, terutama golongan belia.



Bagi mempersiap kumpulan asatizah AYN itu, siri latihan diadakan.



Mereka diperkenalkan dengan strategi bagi merangsang kehadiran mereka dalam talian dan mewujudkan isi kandungan menentang pengaruh radikal dan menyemai nilainilai identiti Muslim Singapura dalam media sosial.



"Asatizah kita belajar menggunakan saluran dan kaedah berbeza dalam menentang naratif ektremisme di talian," kata Dr Yaacob.



Sekumpulan asatizah juga telah menghasilkan video #TheProphetIKnow bagi mempromosi mesej positif Islam dan bagaimana Muslim boleh terus menyumbang kepada masyarakat.



Dengan latihan sedemikian, Ustazah Rohanah berharap anggota AYN menjadi tempat rujuk pertama kepada belia jika ada permasalahan.



Seorang lagi anggota AYN, Ustaz Mohammad Khalid Mohd Rafi, berharap golongan asatizah itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan, menjauhkan belia daripada pengaruh radikal dan menyalurkan belia kepada perkara bermanfaat.



Beliau berharap dapat membantu golongan belia melungsur media sosial secara terarah dan tidak terjerumus kepada bahaya pengaruh ideologi radikal dan ekstremisme.



Selain pendekatan menerusi talian, sesi bertemu golongan belia akan juga diadakan bagi membuka ruang kepada mereka bertanya langsung persoalan agama dalam ruang yang selamat.



Satu daripada sesi yang membolehkan belia mendapatkan penjelasan atau menghuraikan kekeliruan berkaitan ideologi yang mereka temui di talian itu dijadualkan diadakan di Masjid Al-Falah sekitar Jun ini.



Laporan lanjut: Wadah rujukan agama di talian




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >