Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

#asatizahsihat ajak dan galak asatizah sertai gerakan hidup sihat

Mar 11, 2018 | 05:30 AM



Dalam satu laporan media pada September lalu, Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram menyeru asatizah setempat agar memberi perhatian kepada kesihatan mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dan mengajak masyarakat mengamalkan ajaran Islam, yang juga termasuk aspek menjaga kesihatan. Seiring dengan seruan tersebut, sekumpulan asatizah setempat tampil menubuhkan gerakan #asatizahsihat untuk menggalak golongan asatizah dan masyarakat Muslim mengamalkan amalan sunnah mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan. ISMAIL ALI (ismail@sph.com.sg) menemui beberapa asatizah untuk mengetahui cara mereka menjaga kesihatan dan manfaat yang diraih dengan mengamalkan gaya hidup sihat.



GERAKAN #asatizahsihat dimulakan pada 20 Januari lalu dengan tujuan mengumpulkan sekumpulan asatizah yang bergiat dalam rutin senaman dan gaya hidup sihat masing-masing untuk menjadi ikutan rakan- rakan asatizah lain.



Demikian menurut Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, 43 tahun, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ulama Dan Guru-Guru Agama Islam Singapura, yang memulakan gerakan #asatizahsihat bersama seorang lagi rakan, Ustaz Syed Muhammad Aljunied, seorang pegawai eksekutif kanan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



"Gerakan ini dimulakan untuk mengumpulkan asatizah yang meminati pelbagai rutin senaman kegemaran masing-masing seperti latihan di gimnasium, memanah, mengangkat berat, berenang, bola sepak dan lain- lain di bawah #asatizahsihat untuk menjadi ikutan asatizah lain.



"Ia bertujuan menggalakkan asatizah setempat mengamalkan dan mempamerkan gaya hidup sihat mereka untuk menjadi contoh kepada asatizah lain secara khususnya dan masyarakat Muslim lain amnya," jelas Ustaz Mohammad Yusri Yubhi.



Menceritakan bagaimana gerakan itu dimulakan, beliau, yang juga merupakan pengurus sebuah pasukan bola sepak yang dianggotai asatizah setempat yang ditubuhkan pada 2004 dan masih aktif hingga kini, mendapati ramai asatizah yang menjalankan kegiatan senaman mengikut minat masing-masing.



"Ada yang minat berenang, memanah, mengangkat berat, aktif di gimnasium dan sebagainya.



"Jadi saya menyuarakan kepada Ustaz Syed Muhammad mengapa tidak kita satukan asatizah ini di bawah #asatizahsihat untuk mengajak dan mengumpulkan asatizah lain supaya kembali mengikuti ajaran sunnah iaitu Nabi Muhammad saw gemar dan mengamalkan gaya hidup sihat.



"Rasulullah saw mengamalkan gaya hidup sihat baginda menerusi senaman iaitu berlari-lari anak dengan isteri baginda dan solat yang panjang, doa dan menjaga pemakanan," tambah beliau.



Oleh itu, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi berasa gembira ramai asatizah setempat menunjukkan contoh yang baik dengan menyertai gerakan #asatizahsihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >