PENEMUAN asbestos yang melanda pulau-pulau selatan Singapura nampaknya kini merebak ke bahagian timur pula dengan serpihan yang mungkin mengandungi bahan toksik itu ditemui di Pulau Ubin.
Lembaga Taman Negara (NParks), yang menguruskan pulau itu semalam berkata "serpihan kecil yang mengandungi asbestos ditemui di empat lokasi terpencil di pulau itu dan telah dialihkan".