Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean akan bantu, tapi Myanmar harus bertanggungjawab dalam isu Rohingya: Vivian

Sep 30, 2018 | 01:24 PM



NEW YORK:  Myanmar  harus memulakan penghantaran balik     pelarian Rohingya dari Bangladesh dan memastikan mereka pulang  ke sebuah negara yang   terdapat   keselamatan, keamanan, keadilan dan prospek  lebih baik, kata Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr  Vivian Balakrishnan.



 “Langkah seterusnya haruslah penghantaran balik,     kerana ada perjanjian yang ditandatangani antara Myanmar dan Bangladesh, pada November tahun lalu,” katanya.



“Sekarang   September. Pada satu ketika, untuk kekal berwibawa,  anda perlu melihat beberapa pergerakan... secara sukarela, anda perlu melihat bahawa mereka dapat bergerak kembali dengan cara yang bermaruah dan selamat. Itulah  langkah seterusnya dan ia adalah satu langkah membangun keyakinan  penting,”  kata Dr Balakrishnan kepada media Singapura di New York pada Sabtu (29 Sep).



“Tetapi kita juga perlu sedar bahawa huraian  jangka panjang ialah huraian   politik,” katanya. Tanpa asas asas itu, tidak mungkin  menyelesaikan masalah negeri Rakhine yang telah berterusan  sekitar dua setengah abad, katanya.



Pada satu mesyuarat Asean di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, perkara utama yang disampaikan kepada   Myanmar ialah “kami bersedia membantu”,  kata Dr Balakrishnan. Dan langkah penting seterusnya ialah pelarian  dihantar pulang dengan selamat dan bermaruah,  yang perlu berlaku tidak lama lagi.



“Asean akan bekerjasama dengan Myanmar untuk memudahkan proses ini,” katanya. “Ini adalah sesuatu yang perlu kita perhatikan  dalam beberapa minggu akan datang, beberapa bulan akan datang."



Asean menyokong tindakan  Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berpangkalan di Geneva melantik baru-baru ini  satu mekanisme bebas untuk mengumpul bukti jenayah antarabangsa  serius yang dilakukan di Myanmar.





“Kami mengharapkan siasatan ini dijalankan secara tidak berpihak,  dengan cepat, secara bebas –  dan memastikan  orang  bertanggungjawab dipertanggungjawabkan sepenuhnya,”  ujar  Dr Balakrishnan.



Tetapi  beliau juga menggesa fokus terhadap krisis kemanusiaan.



“Sekarang,   satu juta orang  menderita. Ada bencana kemanusiaan... tidak boleh diterima pada  zaman ini dan sekarang,” katanya.



“Orang-orang ini memerlukan bantuan dan kita  perlu memastikan bantuan kemanusiaan  sampai kepada mereka. Dan kami juga berterima kasih kepada Bangladesh kerana menjadi tuan rumah mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >