Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean akan terus hadapi cabaran sukar ketegangan geopolitik kuasa besar

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



ASEAN telah dan akan terus menghadapi cabaran sukar ekoran ketegangan geopolitik dan persaingan antara kuasa besar.



Namun kumpulan negara itu mesti kekal sebagai wadah yang memupuk kepercayaan dan kerjasama, termasuk dengan kuasa besar, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Sidang Puncak Asean semalam.



Dalam sidang itu, beliau turut menggesa pihak berkuasa tentera Myanmar supaya bekerjasama "sepenuhnya dan segera" dengan utusan khas Asean sebagai sebahagian usaha kumpulan itu menangani krisis berdarah yang berterusan di negara tersebut.



Mengenai kedudukan Asean yang selalu menghadapi kesan persaingan kuasa besar, Encik Lee menggesa Asean agar menegakkan prinsip perpaduan dan kesepadanan apabila berinteraksi dengan kuasa besar dan mengambil kedudukan serupa dalam isu global utama, sambil menghormati pandangan yang pelbagai, dan kekal sebagai wadah neutral untuk bekerjasama dengan rakan negara luar.



"Kita telah dan akan terus menghadapi cabaran sukar ekoran ketegangan geopolitik dan persaingan antara kuasa besar.



"Kita perlu memberi respons berkesan kepada cabaran ini," katanya.



"(Asean) mesti mengekalkan peranannya sebagai pusat serantau yang terbuka dan inklusif."



Mengenai isu Myanmar, Encik Lee menarik perhatian akan "kemajuan yang perlahan" dalam pelaksanaan perjanjian damai yang dipersetujui lebih awal oleh kumpulan itu.



Ini termasuk membenarkan utusan khas Asean akses kepada pihak berkepentingan di Myanmar untuk memudahkan pengantaraan.



Encik Lee berkata: "Ini telah memberi kesan kepada rakyat Myanmar dan kewibawaan Asean sebagai pertubuhan berasaskan undang-undang."



Beliau juga mengetengahkan hubungan Amerika Syarikat-China yang boleh menjejas dan mempengaruhi keamanan antarabangsa dan serantau.



Singapura, seperti banyak negara di rantau ini, mahu hubungan baik dengan Amerika dan China.



"Kami tidak mahu melihat rantau ini menjadi medan persaingan dan konflik, dan kami juga tidak mahu dipaksa untuk berpihak.



"Pada masa sama, kami berharap kedua-dua Amerika dan China akan memperdalam penglibatan substantif dengan negara di rantau ini atas merit mereka sendiri, di luar lensa persaingan Amerika-China."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >