Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean-EU setuju perjanjian penerbangan bersejarah, izin lebih banyak khidmat

Jun 05, 2021 | 05:30 AM



ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) telah mencapai persetujuan bagi perjanjian penerbangan bersejarah yang akan membenarkan lebih banyak penerbangan berkhidmat antara kededua kawasan itu.



Di bawah Perjanjian Pengangkutan Udara Komprehensif Asean-EU (AECATA) itu, syarikat penerbangan daripada 37 negara anggota Asean dan EU boleh mengendalikan seberapa banyak khidmat penerbangan antara Asean dan EU.



Mereka juga boleh menawarkan sehingga 14 khidmat penumpang seminggu, dan seberapa banyak khidmat kargo yang dimahukan menerusi kededua EU dan Asean, dan juga ke negara ketiga.



Perjanjian tersebut juga menbolehkan kerjasama antara Asean dan EU dalam bidang seperti keselamatan penerbangan, pengurusan trafik udara, perlindungan pengguna, serta isu-isu sekitaran dan sosial, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).



Ia berkata perjanjian penerbangan itu merupakan perjanjian antara dua rantau sedemikian yang pertama di dunia.



Ia akan mempertingkat hubungan udara antara Asean dengan Eropah dan membolehkan pertukaran orang dan perniagaan," kata MOT dalam kenyataannya semalam.



"Ini akan membantu menyokonng pembangunan ekonomi di kededua rantau sedang kita berusaha pulih dan mengatasi pandemik Covid-19, kata MOT.



Rundingan bagi perjanjian itu bermula pada Oktober 2016 melibatkan lapan pusingan.



Namun idea bagi perjanjian itu berputik di Sidang Penerbangan EU-Asean di Singapura pada Februari 2014, kata MOT.



Suruhanjaya Eropah (EC) di acara itu telah mengumumkan hasratnya untuk memperolehi mandat untuk memulakan rundingan dengan Asean.



Menteri Pengangkutan, Encik Iswaran, berkata Singapura telah memimpin rundingan bagi Asean, dengan EC mewakili Kesatuan Eropah (EU).



"Kesudahan yang berjaya bagi AECATA adalah satu pencapaian bersejarah dan batu mercu tanda dalam hubungan dua hala kita," ujar Encik Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan.



"Ia perjanjian antara dua daerah seumpama itu yang pertama dan merupakan satu kenyataan yang menunjukkan komitmen negara Asean dan EU untuk bekerjasama mengharungi krisis Covid-19, menjalin semula hubungan dan memulakan semula perjalananan merentas sempadan."



Menulis di Facebook, Encik Iswaran menambah:



"Kami berasa terhormat kerana telah terlibat secara rapat dalam perjanjian ini sejak ia bermula, dibangunkan dan diputuskan."



Beliau turut melahirkan penghargaan atas usaha pasukan Kementerian Pengangkutan, Penguasa Penerbangan Awam Singapura dan lain-lain yang telah bekerja selama bertahun-tahun dengan rakan-rakan ASEAN dan EU untuk mencapai perjanjian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >