Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Asean harus bekerjasama untuk lawan ancaman siber yang luas: Yaacob

Oct 11, 2016 | 11:24 AM

SINGAPURA mahu meningkatkan kerjasama seluruh Asean untuk membina ruang siber bersama lebih kukuh di rantau ini, yang mana pemerintahnya terdedah kepada serangan siber luas, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, pada Selasa (11 Okt).

Bercakap dalam persidangan peringkat menteri Asean mengenai keselamatan siber yang pertama di Hotel Shangri-la, Dr Yaacob, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, mengenal pasti tiga bidang yang Asean perlu tumpukan usaha bagi melawan "lingkungan penuh ancaman siber - jenayah siber, pengintipan, dan kegiatan jahat lain".

Pertama ialah pembinaan keupayaan siber supaya negara anggota Asean boleh mendalamkan keupayaan mereka melawan kegiatan siber berniat jahat.

Ini penting kerana satu kajian bersama Singtel-FireEye mendapati pemerintah Asia Tenggara lebih cenderung disasarkan bagi serangan daripada pertubuhan lain.

"Sasaran serangan boleh datang dalam bentuk kewangan hingga kecurian data, merosakkan reputasi, dan juga gangguan terhadap infrastruktur maklumat kritikal," kata beliau.

Bagi tujuan ini, Dr Yaacob melancarkan Program Keupayaan Siber Asean baru, dengan dana $10 juta yang Singapura akan salurkan ke arah mengasah kemahiran teknikal dan keupayaan respons negara-negara Asean.

Kedua, Dr Yaacob menggesa anggota Asean supaya memanfaatkan usaha global membina ruang siber yang diyakini, misalnya melalui usaha penguatkuasaan undang-undang antarabangsa seperti Kompleks Global bagi Inovasi Interpol (IGCI) yang berpangkalan di Singapura.

"Negara-negara perlu menyokong secara aktif IGCI demi kejayaan berterusan dan keberkesanannya," ujar beliau.

"Kita boleh menyokong IGCI dengan menghantar lebih ramai pegawai penguatkuasa undang-undang Asean ke IGCI. Dengan bekerjasama dengan Interpol, kita boleh menjalankan lebih banyak operasi bersama terhadap penjenayah siber dan meningkatkan keselamatan kolektif Asean."

Ketiga, Asean harus memulakan dialog mengenai norma siber, dan berusaha ke arah membangunkan satu set norma siber serantau.

"Membangunkan keupayaan siber, kesedaran ruang siber, dan siber norma: Ini adalah tiga cadangan bagi Asean untuk meningkatkan kerjasama keselamatan siber," kata Dr Yaacob.

"Singapura komited pada idea-idea ini, dan kami menyokong kata-kata kami dengan sumber dan pelaburan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3