Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean harus kekal bebas dadah: Amrin

Beliau gesa anggota Asean pertimbang dengan teliti saranan jawatankuasa antarabangsa untuk longgarkan kawalan terhadap ganja
Nov 28, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA menggesa negara Asean lain untuk mempertimbangkan dengan teliti saranan yang dikeluarkan jawatankuasa antarabangsa yang seolah-olah memberi isyarat bahawa ganja tidak begitu berbahaya.



Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, berkata mesej yang dikeluarkan Jawatankuasa Pakar berkaitan Pergantungan Terhadap Dadah (ECDD) itu salah, kerana terdapat bukti yang ketara tentang bahaya ganja dan bahan-bahan yang mengandungi ganja.



Beliau berkata demikian semasa membentangkan kenyataan di Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan yang diadakan di Bangkok, Thailand semalam.



Menurut Encik Amrin, berlatarbelakangkan usaha antarabangsa untuk tidak mengharamkan ganja, saranan ECDD itu akan menghantar mesej yang salah kepada masyarakat awam, terutama sekali golongan muda.



"Untuk itu kami menggesa semua negara anggota Asean untuk menilai dengan teliti saranan-saranan ini dan kesannya yang mungkin berlaku jika kawalan antarabangsa terhadap ganja dilonggarkan.



"Asean secara bersatu berpegang kepada pendapat bahawa kita inginkan rantau yang bebas dadah. Dan kami harus kekal di laluan ini untuk memastikan masyarakat kami selamat dari dadah dan juga supaya masa depan kami terpelihara," katanya.



Selain itu, Encik Amrin menyentuh tentang jenayah rentas sempadan lain yang menjadi ancaman.



Ini termasuk jenayah siber, yang semakin meluas di Asean dan juga negara lain.



Encik Amrin menambah bahawa Singapura telah mengenal pasti empat pendekatan terhadap persekitaran siber yang selamat dan berdaya tahan di rantau ini.



Ini merangkumi dasar yang kuat, kerjasama dengan rakan kongsi dengan pengetahuan dan kepakaran yang relevan, mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta dengan rakan kongsi industri dalam bidang pemeliharaan sistem komersial.



Pengganasan turut kekal sebagai ancaman yang berterusan, tambahnya.



Walaupun dengan kematian Abu Bakr al-Baghdadi, ISIS kekal sebagai kuasa pengganas yang berdaya tahan dengan rangkaian global.



"Ideologi ekstremis ISIS terus berleluasa di ruang siber dan meradikalisasikan minda mereka yang bersimpati dengan mereka.



"Kami juga terpaksa menghadapi ancaman dari militan asing yang ke Asia Tenggara, anggota pengganas yang kembali dengan keluarga mereka dan juga mereka yang menjadi radikal dan bertindak sendiri," katanya.



Kerjasama Singapura dan rakan kongsi strategik dalam menangani isu ini penting, termasuk dengan perkongsian risikan terhadap aktiviti pengganas di rantau ini.



"Asean telah menunjukkan kemajuan dalam perjuangan kami menentang jenayah rentas sempadan. Namun ia kekal dinamik dan ancaman yang dihadapi akan terus berubah, membawa cabaran yang berbeza bentuk dan lebih kompleks," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >