Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean harus terus usaha raih penyepaduan dan pembaharuan ekonomi

Aug 02, 2018 | 01:06 PM



SEDANG sistem dagangan berbilang hala yang berdasarkan peraturan terus menghadapi tekanan, Asean harus terus berusaha mencapai penyepaduan ekonomi, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (2 Ogos).



“Adalah penting bagi Asean terus menyokong sistem berbilang hala itu dan bekerjasama dengan rakan yang sealiran bagi mempertingkatkan rangkaian kerjasama kami,” katanya semasa berucap di hadapan menteri ehwal luar dari kesemua 10 negara Asean serta ahli diplomat di upacara pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-51 di Singapore Expo.



Dan dengan revolusi perindustrian keempat sedang berlangsung, rantau ini harus memanfaatkan teknologi sepenuhnya bagi mengeratkan lagi hubungan Asean, sedia menerima pembaharuan, membina ketersambungan digital serta bersiap sedia bagi menghadapi hari muka, kata Encik Lee.



Beliau turut mengumumkan bahawa Singapura akan menggiatkan usaha bagi membantu negara anggota Asean yang kurang terbangun untuk merapatkan jurang dengan negara anggota lain.



Antara lain, Singapura akan meningkatkan sokongannya bagi Inisiatif Integrasi Asean (IAI) bagi merangsangkan penyepaduan ekonomi serantau dan penggunaan teknologi, selain mempertingkatkan pusat IAI di Vietnam, Kemboja dan Laos menjadi Pusat Kerjasama Singapura (SCC), menurut akhbar The Straits Times.



“Pusat baru itu akan memperluaskan bantuan teknikal kami dan menawarkan ruang bagi pembangunan keupayaan yang melebihi latihan dalam bilik darjah.



“Singapura berharap dapat berkongsi pengalaman kami serta belajar daripada jiran dan rakan kami,” ujar Encik Lee.



Dalam pada itu, ucapannya turut memaparkan elemen perpaduan Asean.



Encik Lee memulakan ucapannya itu dengan mengucapkan takziah kepada dua negara anggota yang dilanda bencana baru-baru ini – Laos yang terjejas akibat empangan Xe Pian-Xe Namnoy di Attapeu yang runtuh baru-baru ini serta Indonesia yang terjejas akibat gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter yang melanda Lombok Ahad lalu.



“Singapura dan Asean bersedia menghulurkan sokongan kepada teman-teman kami di Laos dan Indonesia dalam masa yang sukar ini,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >