Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean, India boleh utamakan kerjasama transformasi digital, kesihatan awam: PM Lee

Oct 29, 2021 | 01:45 AM



KERJASAMA dalam transformasi digital dan kesihatan awam adalah bidang keutamaan yang Singapura komited untuk laksanakan sebagai penyelaras hubungan Asean-India, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (28 Oktober).



Ketika berucap di hari terakhir mesyuarat maya selama tiga hari bersama pemimpin serantau, PM Lee berkata rantau Asean sebanyak 10 negara ini boleh menukik teknologi bersemarak India dan memulakan persada syarikat pemula untuk tumbuhkan dan kemudi kewangan dan perdagangan secara praktikal.



Terdapat banyak skop kerjasama dalam mewujudkan sistem kewangan digital silang operasi yang inklusif dan menyediakan lebih banyak peluang buat masyarakat dan perniagaan kedua-dua pihak, jelasnya kepada rakan sejawatan dan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, di Sidang Puncak Asean-India.



Mengenai kesihatan termasuk penyediaan vaksin Covid-19 dan edarannya, PM Lee menekankan India memainkan peranan kritikal dalam rantaian bekalan farmaseutikal global.



Singapura, sebagai hab penerbangan dan pemindahan kapal dengan keupayaan rantaian bekalan dengan kawalan suhu rendah yang teguh, boleh menyokong India sebagai sudut pemindahan vaksin yang berkesan buat Asia Tenggara dan di luar rantau ini, tambahnya.



Dalam satu kenyataan pembukaan yang disampaikan dalam kapasiti Singapura sebagai penyelaras negara bagi hubungan dialog Asean-India, PM Lee berkata bagi meraikan hubungan 30 tahun ini, 2022 akan diiktiraf sebagai "Tahun Persahabatan" antara dua pihak.



"Banyak yang boleh kita lakukan bersama," kata PM Lee.



Mengenai cara menangani pandemik ini, PM Lee berkata Asean mengalu-alukan langkah India menyambung semula usaha mengeksport vaksin selamat dan berkesan termasuk kepada Kemudahan Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax).



Pembikin vaksin terbesar dunia ini menghentikan eksportnya pada April untuk memberi tumpuan pada progam vaksinasi penduduk India sedang jumlah jangkitan bertambah.



Bulan lalu, India mengumumkan dengan bertambahnya bekalan vaksin, ia akan mula mengeksport vaksin lagi mulai Oktober, dengan keutamaan diberi bagi platform perkongsian sedunia Covax.



Asean juga menghargai sokongan India bagi prinsip pemusatan rantau ini di tengah-tengah seni bina serantau yang berubah, kata PM Lee.



Beliau menambah penting untuk mempromosikan sinergi antara 'Pemerhatian Asean terhadap Indo-Pasifik' dengan 'Inisiatif Lautan Indo-Pasifik' India sendiri dalam memperkukuh kepercayaan pada satu sama lain, rasa hormat dan manfaat.



Dokumen mengenai pemerhatian Asean terhadap Indo-Pasifik yang dihasilkan pada 2019 adalah suara kolektif serantau mengenai isu keselamatan sebagai respons pada pengelompokan Australia, India, Jepun dan Amerika Syarikat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >