PARA Menteri Luar dari 10 negara Asean semalam sebulat suara melahirkan "kebimbangan serius" mengenai perkembangan di Laut China Selatan, yang telah meningkatkan ketegangan antara beberapa negara di kawasan itu.
Kenyataan yang dikeluarkan para menteri luar badan serantau itu turut menyeru semua pihak yang terlibat supaya mengelak tindakan yang boleh menjejas keamanan dan kestabilan, serta mencari huraian secara aman tanpa "menggunakan kekerasan atau ancaman menggunakan kekerasan".