Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MESYUARAT MENTERI LUAR ASEAN (AMM) KE-55 DAN MESYUARAT BERKAITAN

Asean sambut baik Kerjasama Strategik Menyeluruh dengan India

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



PARA menteri luar Asean bersetuju menantikan penubuhan Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP) Asean-India pada November ini semasa Sidang Puncak Asean-India Ke-19.



Kenyataan bersama Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) Ke-55 yang dikeluarkan kelmarin berkata para menteri ehwal luar Asean "terdorong dengan perbincangan berterusan berhubung saranan India mengenai penubuhan CSP dengan Asean".



Dalam satu catatan di Facebook semalam, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan melahirkan rasa gembira mempengerusikan bersama Persidangan Pasca-Menteri Asean-India bersama rakan sejawatnya dari India, Dr S. Jaishankar.



"Gembira mendengar sokongan padu oleh rakan sejawat saya ke arah menubuhkan Kerjasama Strategik Menyeluruh Asean-India menjelang Sidang Puncak Asean-India Ke-19 pada November 2022!" kata beliau.



Singapura merupakan negara penyelaras bagi Hubungan Dialog Asean-India dari tahun lalu hingga 2024.



Para menteri ehwal luar Asean menekankan bahawa penubuhan CSP bersama Asean harus bermakna, substantif dan saling memberi manfaat kepada satu sama lain.



Menurut kenyataan itu, para menteri mengalu-alukan penubuhan CSP Asean-Australia dan Asean-China pada Oktober tahun lalu dan mengesahkan komitmen mereka untuk bekerja rapat dengan Australia dan China dalam melaksanakan CSP tersebut.



Mereka juga menantikan penubuhan CSP Asean-Amerika Syarikat di Sidang Puncak Asean-Amerika Ke-10 pada November ini seperti yang dipandu dalam Kenyataan Visi Bersama Sidang Puncak Khas Asean-Amerika pada Mei lalu.



Dr Balakrishnan dalam catatan Facebook beliau berkata pelbagai perbincangan luas dan mendalam telah diadakan berhubung isu serantau dan antarabangsa yang menjadi keprihatinan bersama dalam siri mesyuarat yang diadakan bersama rakan dialog Asean.



Mereka juga telah membincangkan tentang keperluan mempercepatkan pemulihan ekonomi pascapandemik Asean.



"Saya menanti-nantikan Mesyuarat Menteri Luar Sidang Puncak Asia Timur Ke-12 dan Forum Serantau Asean Ke-29 akan datang," kata beliau.




"Gembira mendengar sokongan padu oleh rakan sejawat saya ke arah menubuhkan Kerjasama Strategik Menyeluruh Asean-India menjelang Sidang Puncak Asean-India Ke-19 pada November 2022!"
- Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >