Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean tidak mahu berpihak antara AS, China

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



NEGARA di rantau ini mahukan hubungan baik dengan kedua-dua Amerika Syarikat dan China, dan tidak ingin memihak kepada mana-mana negara, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Oleh itu, mereka mengalu-alukan pertemuan puncak terbaru antara Presiden China, Encik Xi Jinping, dengan Presiden Amerika, Encik Joe Biden, pada minggu lalu.



Pertemuan itu antara lain merumuskan persetujuan dua pemimpin itu bahawa sebagai dua kuasa besar dunia, mereka bersedia bekerjasama untuk memperdalam kerjasama dan mencegah konflik.



Selain itu, mereka juga bersetuju melihat kepada kemungkinan mengadakan rundingan bagi pengawalan senjata.



Berkata dalam sidang puncak khas Asean-China semalam, Encik Lee berkata:



"Faktor utama dalam keamanan dan kemakmuran serantau ialah hubungan dua hala antara China dengan Amerika.



"Negara-negara di rantau ini mahukan hubungan baik dengan Amerika dan China, dan tidak mahu terpaksa memilih pihak.



"...Kami berharap China dan Amerika akan melaksanakan kesepakatan sementara yang akan membolehkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama seperti perubahan iklim dan perdagangan bebas."



Berkaitan kerjasama itu, Encik Lee menyambut baik Pengisytiharan Amerika-China dalam Meningkatkan Tindakan Iklim yang dicapai semasa persidangan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Scotland (COP26) baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai langkah pertama penting.



Dalam pengisytiharan itu, Amerika dan China, dua pencemar terbesar karbon dioksida dunia, mengumumkan satu perjanjian bagi meningkatkan kerjasama menangani perubahan iklim, termasuk mengurangkan pelepasan metana, menghentikan penggunaan arang batu secara berperingkat dan melindungi hutan.



Utusan iklim Amerika, Encik John Kerry, dan rakan sejawatannya dari China, Encik Xie Zhenhua, telah mengumumkan rangka kerja perjanjian itu pada COP26 di Glasgow baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >