Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menarik di NDP 2022: ASET SCDF

Aug 08, 2022 | 05:30 AM



MESIN PEMADAM API TANPA PEMANDU (UFM)



UFM adalah sebuah unit melawan api serba guna yang dikendali menerusi perkakas kawalan atau remote dan dibina untuk beroperasi di sekitaran dan keadaan ekstrem.



Antara fungsinya adalah ia berupaya mengalihkan asap di tempat kejadian seluas sebuah padang bola dan setinggi 80 meter dalam waktu seminit.



Pertama kali dilancarkan pada 2014, UFM dinaik taraf pada 2015 dengan dilengkapi sebuah kit rel kereta api.



Dengan itu, UFM berupaya bergerak di rel kereta api dan amat berguna mengendali operasi memadam api di sekitaran bawah tanah.



Kenderaan tanpa pemandu itu juga boleh mengangkat objek sehingga 400 kilogram, menggerakkan objek seberat sehingga dua tan dan boleh dikawal dengan jarak jauh sehingga 300 meter.



Jika dibandingkan dengan keupayaan ahli bomba, tahap keberkesanan UFM setaraf 10 pegawai SCDF dengan kelebihan berupaya beroperasi di kawasan yang berbahaya.




MESIN MELAWAN API PUMPER (PFM)



PFM adalah sebuah robot dibina khusus yang menyokong mesin tanpa pengendali lebih besar UFM dan Robot Red Rhino yang lebih kecil.



Saiz PFM yang kompak membolehkannya muat di laluan sempit tertentu seperti dalam sebuah lif dan juga berupaya bergerak di permukaan yang dipenuhi hambatan.



PFM berupaya beroperasi di tempat kejadian yang mengalami bahang tinggi dan juga membantu dalam mengurangkan risiko anggota bomba semasa mengendali operasi.



Ia juga mempunyai fungsi mengeluarkan wap air sebanyak 30 liter setiap minit.



Dilengkapi sebuah 'nozzle' atau lubang untuk mengeluarkan air, yang berupaya berputar, wap air itu boleh diarahkan 360 darjah, lantas membolehkannya menurunkan suhu kepanasan tempat kejadian semasa mengendali operasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >