Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asia Sentinel disekat bagi pengguna S’pura setelah laman tidak patuh arahan Pofma

Jun 02, 2023 | 04:10 PM



AKSES kepada penerbitan dalam talian Asia Sentinel akan disekat kepada pengguna Singapura setelah laman itu gagal mematuhi arahan pembetulan dengan sewajarnya ke atas salah satu artikelnya yang mengandungi kepalsuan.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata pada Jumaat bahawa ia telah mengarahkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk mengeluarkan perintah menyekat akses ke Asia Sentinel.

Perintah itu memerlukan penyedia khidmat Internet untuk menghalang akses bagi pengguna akhir di Singapura ke lokasi dalam talian di mana kepalsuan itu telah disampaikan.

Awal sebelum itu, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Jumaat juga mengeluarkan kenyataan, menyatakan bahawa pemerintah mungkin mengambil tindakan lanjut terhadap Asia Sentinel.

MHA telah mengeluarkan arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) pada 26 Mei berhubung artikel berjudul ‘Singapore kills a Chicken to Scare the Monkeys’ pada 24 Mei.

Menurut MHA, ia mengandungi kenyataan palsu berhubung beberapa isu, antaranya, dengan salah menyampaikan bahawa peguam M Ravi digantung daripada meneruskan kerjaya guamannya selama lima tahun kerana mengkritik pemerintah.

Asia Sentinel kemudian menerbitkan nota editor di artikelnya yang mengatakan ia telah menerima arahan pembetulan MHA pada 27 Mei.

Ia juga menerbitkan notis pembetulan yang memberi butiran kenyataan palsu, dan pautan kepada laman web menyemak fakta pemerintah, Factually, dengan akses kepada fakta betul.

Pada hari sama, ia mengeluarkan artikel berjudul ‘Singapore Government Demand for Correction’, yang mengandungi notis pembetulan dan pautan kepada Factually.

Asia Sentinel kemudian menerbitkan artikel pada 29 Mei berjudul ‘Asia Sentinel answer to Singapore Government Demand for Correction’, di mana ia mempertahankan kenyataannya daripada kisah asal.

Ia mengandungi notis pembetulan MHA, tetapi tidak diletakkan di atas artikel dan di atas halaman utama laman web itu, seperti yang diperlukan.

MCI berkata perintah itu memerlukan Asia Sentinel membentangkan fakta seiring dengan kepalsuan yang telah diterbitkan supaya pengguna di Singapura boleh membaca kedua-dua versi dan membuat kesimpulan sendiri.

“Sekiranya Asia Sentinel selanjutnya mematuhi keperluan penuh arahan pembetulan, Menteri akan membatalkan perintah menghalang akses,” tambah MCI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >