Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Askar kerahan 25 tahun meninggal setelah rebah ketika jalani latihan senaman HPB

Mar 03, 2022 | 04:06 PM



SEORANG askar kerahan 25 tahun meninggal dunia pada petang Rabu (2 Mac) selepas rebah ketika menyertai sesi latihan selang bertahap tinggi, Quick HIIT, yang dikendalikan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



Semua sesi Quick HIIT HPB akan digantung hingga Ahad (6 Mac) apabila siasatan sedang dijalankan manakala amalan keselamatan disemak, kata HPB dan Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya pada pagi Khamis (3 Mac).



Lelaki yang menyertai sesi ini sebagai sebahagian program Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT) rebah pada awal senaman pertama selepas tamat senaman pemanasan di Taman West Coast.



Beliau dengan segera ditangani jurulatih penyedia khidmat luar HPB, kata kenyataan itu lagi.



"Jurulatih yang terlatih dalam bantuan pernafasan (CPR) dan defibrilator luaran automatik (AED) ini mentadbir CPR dan AED pada lelaki berkenaan."



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.41 malam pada Rabu.



Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dengan ambulans. Pegawai SCDF meneruskan usaha memberi bantuan kecemasan di lokasi dan dalam perjalanan ke hospital.



Ambulans tiba di NUH pada 8.23 malam. Lelaki itu kemudian disahkan meninggal pada 9.21 malam.



Sebelum bermulanya program kegiatan fizikal HPB, taklimat keselamatan lokasi dan pemeriksaan kesejahteraan dijalankan, kata kenyataan itu.



"HPB, Mindef dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyampaikan sedalam-dalam takziah kepada keluarga askar kerahan ini dan sedang membantu keluarganya dalam tempoh berduka ini.," tambah kenyataan itu lagi.



Program NS FIT ini dilancarkan tahun lalu dan bertujuan menggalak NSmen untuk menjalani gaya hidup aktif dan sihat dengan membawa kegiatan kecergasan NS dekat dengan masyarakat.



Ia menawarkan pelbagai kegiatan kecergasan di 42 lokasi serata pulau termasuk pusat penyesuaian kecergasan dalam perkarangan kem SAF dan beberapa taman awam.



Mereka yang tidak dapat mencapai sekurang-kurangnya satu kelulusan dalam ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) boleh memilih untuk menyertai program 10 sesi bagi memenuhi ketetapan kecergasan tahunan, tambah portal NS.



Program Quick HIIT dianggap sebagai "sejenis latihan litar metabolik yang menampilkan ringkasan senaman tahap tinggi yang membangun kekuatan, tenaga dan kecergasan aerobik dair masa ke masa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >