Askar SAF mungkin bantu kawal ketika gangguan khidmat MRT

ASKAR akan dikerah menjadi pengawas bagi menunjukkan arah kepada penumpang dan mengawal orang ramai sekiranya berlaku gangguan besar khidmat kereta api.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), yang sedang memantapkan rancangan luar jangkaannya, telah mendekati Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meneroka langkah itu dan SAF bersetuju.

Bagaimanapun, askar SAF akan dikerah hanya semasa gangguan besar, iaitu ia pilihan terakhir.

Sekarang, pegawai polis, Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (Transcom) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sudah pun membantu LTA dan pengendali pengangkutan awam dalam menguruskan insiden sedemikian.

Jurucakap LTA memberitahu akhbar The Straits Times ia "juga akan bekerjasama dengan agensi lain, seperti Kementerian Pertahanan, bagi menyediakan sumber tenaga kerja tambahan jika perlu".

Ketika dihubungi akhbar itu, kementerian tersebut mengesahkan SAF akan bekerjasama dengan LTA sekiranya berlaku gangguan besar, "sambil mengekalkan tanggungjawab utama kami melindungi persekitaran keselamatan kita".

Langkah terbaru ini menyusuli beberapa siri gangguan besar pada sistem kereta api, terbaru pada 7 Julai di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL), yang menjejas kira-kira 250,000 penumpang pada waktu sibuk.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:50
Zuhur
12:52
Asar
4:15
Maghrib
6:53
Isyak
8:06
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.