Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asmah Laili meninggal dunia

Feb 15, 2019 | 06:40 PM



PERSONALITI radio popular dan pakar masak Asmah Laili telah menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi (15 Feb) setelah rebah dalam pangkuan pembantu rumahnya.



Allahyarhamha berusia 79 tahun dan meninggalkan dua anak dan lima cucu.



Salah seorang cucunya, Muhammad Hafez Shahiran, 17 tahun, berkata Allahyarhamha rebah sekitar 3 petang di flatnya di Bedok Reservoir View.



Allahyarhamha dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dan sehingga lewat petang tadi belum diketahui punca kematian.



Keluarganya memaklumkan solat jenazah bagi Allahyarhamha akan diadakan selepas solat Zuhur di Masjid Ba'alwie esok. Menurut wakil keluarganya, mereka yang ingin melawat diharap boleh langsung ke masjid esok dan tidak ke rumah Allahyarhamha atau anaknya atas permintaan keluarganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >