Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

A*Star, NUS umum pelantikan Kevin White, saintis terkemuka AS

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



AGENSI bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) mengumumkan semalam ia telah merekrut Dr Kevin White, seorang saintis terkemuka dari Amerika Syarikat.



Dr White, seorang pakar genom (perihal baka), akan menyertai Institut Genom Singapura A*Star sebagai Pengarah Program Terapeutik Asid Nukleik (NAT) dan Ketua Pasukan Kanan.



Di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS pula, beliau akan menyandang jawatan sebagai Profesor Jabatan Biokimia dan Program Penyelidikan Penterjemahan Perubatan Jitu.



Perubatan jitu atau precision medicine merujuk kepada kaedah perubatan yang mengambil kira faktor baka, sekitaran dan gaya hidup seseorang untuk menyediakan rawatan yang paling sesuai bagi individu itu.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, A*Star dan NUS berkata pelantikan Dr White ialah sebahagian daripada usaha GIS dan NUS untuk merekrut bakat terkemuka sains dan industri ke Singapura.



Dr White telah sebelum ini menyandang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Sains di Tempus, sebuah syarikat perubatan jitu bernilai berbilion dolar di Amerika.



Beliau telah membantu untuk mengasaskan dan membangun syarikat itu dari peringkat awalnya, menyelaras ratusan saintis yang membangun ujian genom dan algoritma ramalan untuk merawat pesakit barah dan penyakit lain.



Kajian Dr White telah membantu untuk merintis bidang genom fungsian (functional genomics) dan sistem biologi pada lewat 1990-an, yang menggunakan kajian data untuk memahami biologi.



Di GIS, Dr White akan menerajui usaha untuk membangun rawatan dan vaksin berdasarkan pendekatan bahan baka DNA atau RNA.



Di NUS pula, beliau akan memimpin program untuk memahami peranan variasi baka (genetic variation) dalam penyakit dan biologi.



Dr White berkata banyak kemajuan yang telah dicapai dalam perubatan jitu.



"Terdapat keperluan semakin meningkat bagi wadah berkos rendah yang boleh digunakan dengan pantas serta mudah disesuaikan untuk individu, dalam pembangunan terapeutik," katanya dalam kenyataan A*Star dan NUS itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >