MAHU BELAH LANGIT BIRU
Atasi kata-kata hambatan untuk capai impian
Dua anak muda sering ‘bersemuka’ dengan kata-kata yang bak menghambat impian mereka. Namun, kededua juruterbang kadet itu tidak gentar dan terus berjuang demi merealisasikan impian mahu ‘terbang tinggi’ sejak kecil lagi. Mereka berusaha gigih dan bekerja keras meneroka minat dan kebolehan mereka di angkasa. FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg) melaporkan.
Jun 12, 2016 | 05:30 AM
"IMPIAN kamu nak jadi juruterbang tak boleh jadi nyata. Kita ni orang Melayu, susah nak jadi juruterbang."
Itulah kata-kata yang sering bermain di fikiran Encik Mirza Ariffin Roslan, 23 tahun, juruterbang yang baru sahaja mendapat lesen penerbangannya pada 18 Mei lalu.