Atendan lori dipenjara kerana lumur najis di peti surat jiran, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Atendan lori dipenjara kerana lumur najis di peti surat jiran

Nov 07, 2018 | 03:34 PM

TIDAK puas hati dengan jirannya atas isu seperti insiden tenung-menenung, seorang atendan lori tua melumur najisnya di peti surat lelaki lebih muda itu Julai lalu.

Sim Ann Heng, 71 tahun, mengganggu pesara Tan Yam Chwee, 67 tahun, sekali lagi pada bulan itu dengan menampal sekeping gambar obituari di peti surat Encik Tan.

Sim dipenjara dua minggu Jumaat lalu (2 November) selepas mengaku bersalah kepada dua tuduhan gangguan.

Tuduhan gangguan ketiga diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.

Sebelum kejadian-kejadian itu, Sim didapati bersalah pada 19 Jun kerana menyerang Encik Tan dan dihukum penjara lima bulan.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan butiran mengenai kes ini.

Sim kemudian memfailkan rayuan terhadap hukumannya dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Masih tidak berpuas hati dengan Encik Tan, yang tinggal dua tingkat di atasnya di blok di Commonwealth Avenue, Sim pergi ke tingkat bawah blok itu antara 6.30 petang pada 10 Julai dan 7.50 pagi keesokan harinya dan melumur najisnya ke peti surat pesara itu.

Encik Tan memberitahu polis selepas melihat kekotoran itu dan pekerja majlis bandaran kemudian membersihkannya secara percuma.

Selepas insiden ini, polis memasang kamera di kawasan itu dan seorang pegawai sedang membuat rondaan sekitar 1.10 pagi pada 15 Julai apabila beliau melihat seorang lelaki menulis sesuatu di sebuah peti surat.

Siasatan mendedahkan bahawa Sim telah mengambil gambar obituari seorang lelaki yang sudah mati, menulis nama Encik Tan pada potongan gambar itu dan menampalnya di peti surat tersebut.

Apabila lebih ramai pegawai tiba di tempat kejadian, Sim mengaku bahawa dia telah menampal gambar itu kerana tidak puas hati dengan Encik Tan.

Mahkamah diberitahu bahawa Sim menarik balik rayuannya pada 13 Ogos dan menjalani hukumannya bagi kesalahan serangan itu pada hari tersebut.

Bagi setiap tuduhan gangguan, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $5,000.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map