Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Atiqah cemerlang asah bahasa

Jul 25, 2018 | 05:30 AM



SEJAK kecil beliau sudah terdedah kepada beberapa bahasa.



"Dari kecil, ibu saya akan bercakap dengan saya dalam bahasa Melayu manakala bapa saya pula akan bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris.



"Daripada situ, saya mula tertarik dengan kebolehan saya bertutur dalam beberapa bahasa dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya," cerita Cik Siti Nur Atiqah Abdul Hadi, 25 tahun.



Ia kemudian mendorong anak sulung tiga beradik itu bukan sahaja mempelajari bahasa umum di sekolah seperti bahasa Inggeris dan Melayu, malah beliau turut berusaha mempelari bahasa Mandarin dan juga Jerman.



Berbekalkan kecenderungannya dalam mempelajari bahasa, awal dari ini, Cik Atiqah pernah mengambil jurusan Bahasa Inggeris dan Sastera di Universiti Nasional Singapura (NUS).



"Saya menuntut di NUS selama dua tahun sebelum menyedari bahawa terdapat lebih banyak elemen dalam pembelajaran bahasa.



"Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengambil jurusan berkenaan di NTU (Universiti Teknologi Nanyang)," kata Cik Atiqah yang baru sahaja menamatkan Pengajian Linguistik dan Berbilang Bahasa di NTU.



Pencapaian Cik Atiqah di NTU cukup memberangsangkan.



Beliau berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Pengajian Linguistik dan Berbilang Bahasa dengan Kepujian Kecemerlangan Tertinggi.



Tidak hanya cenderung dalam bidang akademik, Cik Atiqah turut aktif dalam beberapa kegiatan di dalam dan luar sekolah.



Sejajar dengan minatnya dalam bahasa, Cik Atiqah juga merupakan anggota Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dan pernah menjadi pengerusi acara tahunan, Bahas 4PM.



"Di 4PM, saya juga mengadakan beberapa bengkel bahas buat pelajar sekolah menengah serta pelajar Pra-U," katanya.



Di NTU, beliau pernah menjadi Pegawai Khidmat Masyarakat dalam Persatuan Muslim.



Dalam persatuan tersebut, Cik Atiqah pernah menjadi ketua pengaturcara dalam Ekspedisi Kemanusiaan Luar Negara ke Kemboja.



"Sukarelawan yang mengikuti ekspedisi ini membantu mengajar kanak-kanak di sana mengenai kebersihan dan bahasa Inggeris.



"Selain itu, kami juga membantu mengubah suai bilik darjah mereka," singkap Cik Atiqah mengenai ekspedisi yang disertai 20 sukarelawan.



Melahirkan kesyukuran berjaya tamat pengajian di universiti, beliau menambah:



"Saya berasa gembira kerana kerja keras saya akhirnya berbaloi. Di samping itu, saya juga dapat menggembirakan ibu dan bapa saya."



Selain itu, Cik Atiqah juga berkata bahawa doa ibu bapa amat penting dalam kehidupan seseorang.



Kini, beliau dijadual memulakan tugas selaku Timbalan Pengarah di salah satu seksyen dalam Jabatan Peguam Negara.



Menyentuh rancangan masa depan pula, Cik Atiqah berhasrat menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di luar negara.



"Jika berkesempatan, saya ingin belajar di Universiti Melbourne dalam jurusan Linguistik Gunaan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >