Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'ATM' bantu pesakit kronik jimatkan masa di Poliklinik Bedok

Oct 16, 2015 | 11:22 AM



SEBAHAGIAN pesakit di Poliklinik Bedok kini dapat mengelak beratur dan boleh mengambil ubat lebih cepat, hasil menggunakan sebuah kios.


Dikenali sebagai MyHealth Kiosk, kios itu boleh membaca tekanan darah dan mengukur ketinggian, berat badan serta indeks jisim badan (BMI) sebelum mengeluarkan laporan bercetak.


"Pesakit yang mempunyai penyakit kronik yang berada di bawah kawalan boleh mengambil ubat mereka dengan segera, sementara mereka yang hasil pemeriksaan mendedahkan isu-isu kesihatan dirujuk kepada jururawat atau doktor.


"Bagi penjagaan kesihatan, mesin ini sama seperti ATM bagi pelanggan bank," kata Dr Juliana Bahadin, pengarah klinik Bedok Polyclinic, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (16 Okt).


Sejak Mac, poliklinik itu telah mendaftarkan 100 pesakit penyakit kronik seperti kencing manis di bawah program perintis MyHealth Kiosk.


Pesakit itu - yang membentuk kira-kira 62 peratus daripada kehadiran keseluruhan poliklinik tersebut - biasanya pergi berjumpa jururawat atau doktor empat kali dalam tempoh sembilan bulan.


Di bawah skim baru itu, mereka boleh mengambil ubat secara langsung pada tanpa perlu berjumpa jururawat atau doktor pada lawatan kedua dan ketiga, selagi kios tersebut memberi mereka lampu hijau.


Projek perintis itu dianjurkan bersama Eastern Health Alliance dan SingHealth Polyclinics, yang telah menyediakan kios tersebut di pusat kegiatan warge emas Thye Hua Kwan Moral Charities di Bedok.


Pengguna di pusat tersebut bukan pesakit kronik tetapi warga emas di kawasan itu yang ingin menjaga kesihatan mereka.


Lebih 100 penduduk telah menggunakannya dalam tempoh tiga minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >